Month: March 2022

Pertemuan CCO GISBH dengan YM Tuanku Mizan

Ketua Pegawai Operasi GISBH bertemu Tuanku Mizan di Pertandingan Endurance Piala Menteri Besar Terengganu.

Continue Reading

Penyertaan GISBH di SELHAC 2022 (Selangor International Halal Convention)

Pada tarikh 4,5,6 Mac 2022, GISB Holdings Sdn Bhd telah menyertai SELHAC 2022 bertempat di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam.

Continue Reading

Lawatan Pengerusi Eksekutif ke Ladang Nanas GISBH

Pengerusi Eksekutif GISBH Sdn Bhd, Tuan Nasiruddin Mohd Ali memulakan lawatan kerja ke ladang nanas GISBH yang diuruskan oleh En Norman Shahrul di sini hari ini. Ia adalah dalam rangka lawatan kerja beliau ke selatan tanah air bagi meninjau projek-projek syarikat GISBH sekaligus bertemu dengan para staf.

Continue Reading

GISBH Di Dalam Kejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu

Ikhwan Equestrian mewakili GISB Holdings dan Remaja Pembela Ummah telah menyertai Kejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu bertempat di Lembah Bidong, Setiu, Terengganu. Pada penyertaan kali ni, sebanyak 4 ekor kuda didaftarkan untuk acara ini.

Continue Reading

GISBH di Program Hari Kanser Sedunia 2022

Program Hari Kanser Sedunia 2022 anjuran Yayasan Kasih Kanser & Kronik (YKKK), Yayasan Prihatin dan Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) bertempat di Restoran Roti by D’Tandoor telah dirasmikan oleh YB Tuan Khairy Jamaludin Abu Bakar, Menteri kesihatan Malaysia.

Continue Reading

Majlis Silaturrahim Remaja Pembela Ummah di Saza Villa Beach Resort

Kuala Linggi, Melaka. 8 Mac 2022

Majlis Silaturrahim anjuran Remaja Pembela Ummah yang telah dihadhiri seramai 128 peserta ini berlangsung selama 3 hari , bermula 8 Mac sehingga 10 Mac 2022 bertempat di Saza Villa Beach & Resort, Kuala Linggi, Melaka.

Majlis yang bertujuan untuk menjalinkan silaturrahim sesama kenalan RPU itu sarat dengan pelbagai aktiviti yang telah disusun

Sepanjang majlis berlangsung menjadi cukup bermakna apabila dihadhiri sendiri Ketua Remaja Pembela Ummah, YBhg Tuan Adib At-Tamimi dan para kepimpinan RPU.

Aktiviti solat berjemaah, permainan sukan sunnah berkuda, archery combat, Boxing antara yang dilaksanakan .

Semoga program yang dianjurkan atas niat menjalinkan silaturrahim ini mendapat sebesar RahmatNya.

Ketua Pegawai Eksekutif GISBH di Majlis Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia

Bera, Pahang. 13 Mac 2022

YH Dato Lokman Hakim Pfordten, Ketua Pegawai Eksekutif GISBH telah dijemput sebagai tetamu kehormat mewakili YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH ke Majlis Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia anjuran Yayasan Perihatin Nasional bertempat Dewan Konvensyen Bera, Pahang.

Lawatan Kerja Pengerusi Eksekutif GISBH ke Ikhwan Resort Air Bintan

KOTA TINGGI. 15.03.2022
YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH dan rombongannya seramai 28 orang dewasa dengan 6 buah kenderaan dan sebuah bot laju telah sampai ke jeti Kg Tanjung Serindit, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor pada pukul 5 PM.

Dari jeti Kg Tanjung Serindit, rombongan menaiki bot ke rumah rakit Ikhwan Resort Air Bintan yang hanya memakan masa 5-10 minit sahaja.

Ikhwan Resort Air Bintan adalah salah satu projek GISBH dengan pelbagai aktiviti diantaranya pertanian, penternakan dan yang paling popular adalah perkhidmatan rumah rakitnya.

Rumah Rakit Ikhwan Air Bintan berkeluasan 300 kaki x 105 kaki dibeli pada akhir tahun 2016 dengan harga RM95,000.00. Ia mempunyai 6 bilik penginapan perbagai kategori. Antara perkhidmatan yang disediakan di sini ialah penyewaan bilik, restoran, menaiki bot, jet ski, kayak, memancing, juga sesuai untuk mengadakan majlis keraian dan mesyuarat.

Surau terapungnya selesa untuk kapasiti 50 orang manakala restoran di tingkat dua yang dalam pembinaan pula boleh memuatkan seramai 70 orang dalam satu-satu masa. Pengerusi Eksekutif GISBH meminta dipasangkan cermin di sekeliling restoran agar pengujung dapat menikmati pemandangan sungai yang menarik.

Dalam pertemuan dengan golongan yang telah lama dalam GISBH Tuan Pengerusi Eksekutif mengajak lakukan perubahan diri dan tidak menyalahkan golongan lain apabila berlaku kegagalan juga menyeru agar terus bekerjasama, memberi tunjuk ajar dan menjadi contoh kepada golongan muda.

Kepada generasi muda pula, beliau ingatkan kembali panduan-panduan yang telah diberi sebelum ini khususnya mengenai istiqamah mengusahakan hasil laut dan sungai kerana Allah hendak anugerahkan nikmat yang banyak kepada hamba-hamba-Nya, cuma kita sebagai hamba Allah tidak bersungguh-sungguh mengusahakannya.

Hasil hidupan laut dan sungai yang diperolehi kali ini ialah perbagai jenis udang, kupang dan beberapa jenis ikan seperti kerapu dan siakap membuktikan hasil laut masih lumayan di sini.

Scroll to top