Pertemuan CCO GISBH dengan YM Tuanku Mizan

Views: 0

Kuala Terengganu. 12hb Mac 2022. Sukan berkuda adalah ‘Sukan Sunnah’ yang penuh dengan berbagai kebaikan dan hikmah. Ia telah memberi peluang kepada Ybhg Tuan Mohd Adib At Tamimi, CCO GISB Holdings Sdn Bhd bertemu dengan YM Tuanku Mizan Zainal Abidin, Sultan Negeri Terengganu di Pertandingan Endurance Piala Menteri Besar Terengganu di Lembah Bidung.

Pertemuan ringkas itu berlaku apabila kuda baginda berhenti untuk dimandikan dalam Endurance sejauh 80 km itu. Tuan Adib membantu memandikan kuda Tuanku sambil berbual mesra apabila disapa oleh baginda.

Moga atas niat mempertahankan sunnah Rasulullah SAW, Allah izinkan GISBH menambah sahabat di semua peringkat masyarakat di seluruh dunia melalui sukan sunnah berkuda ini.

Views: 0

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to top