Rakaman Skop Production untuk Rancangan Kopi-kopi di Ikhwan Delight Muar

Views: 7

MUAR, 22.03.2022
Sepuluh orang kaki tangan dari syarikat penerbitan televisyen dan filem Skop Productions Sdn Bhd yang diasaskan oleh Dato’ Yusof Haslam telah berkunjung ke Ikhwan Delights Muar di sini untuk menemuramah stafnya sebagai tetamu dalam rancangan Kopi-kopi.

Ikhwan Delights Muar adalah salah sebuah daripada 118 buah rangkaian restoran milik GISBH di seluruh dunia dan merupakan restoran yang ke 9 atas nama Ikhwan Delights. Restoran GISBH yang lain mempunyai berbagai nama seperti GH Corner, Restoran Ikhwan dan Restoran Nur Malaysia.

Beralamat di G-1 Eco Avenue, Jalan Abdul Rahman, 84000 Muar, Johor, restoran ini menyediakan 50 menu yang menarik samada masakan Asia Tenggara, Timur Tengah, Itali juga masakan Barat.

Rakaman yang bermula dari pukul 11 pagi dan berakhir pada pukul 6.30 petang itu berkisar mengenai kopi, jenis biji kopi, jenis-jenis kopi, cara penyediaan hidangan kopi dan lain-lain. Ikhwan Delights Muar menggunakan kopi Arabica yang diimport dari Colombia.

Menurut mereka, Ikhwan Delights ini menjadi pilihan untuk sesi temuramah ini, kerana mereka teruja dengan premisnya yang bersih, kemas, cantik dan berwibawa. Bila mengetahui restoran ini milik GISBH, sebahagian daripada mereka mengatakan pernah makan di Restoran Nur Malaysia Manchester dan memuji keenakan masakannya.

Apabila diminta pandangan mengenai rasa nasi Mandy yang dihidangkan kepada mereka, mereka mengakui kelazatannya dan mengatakan rasanya sama seperti yang mereka makan di Madinah Al-Munawwarah.

Siapa sangka kaki tangan Skop Production yang sedang meneroka berbagai sisi kehidupan masyarakat di bandar kecil Muar tiba-tiba di Ikhwan Delights ‘dibawa’ ke Manchester dan bandar Rasulullah SAW, Madinah Al-Munawwarah.

Moga sesi temuramah, kopi dan nasi mandy menjadi sebab untuk staf GISBH dan kaki tangan Skop Production terus berhubung dan menjalinkan kerjasama yang baik untuk Islam dan umatnya.

Views: 7

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to top