MEKAH, 08.04.2022
Restoran Nur Malaysia Al-Haram, Sofwa Tower telah memulakan perniagaannya di sini hari ini dengan jualan makanan untuk sahur bermula dari pukul 2.30 pagi hingga sebelum azan Subuh jam 4.55 pagi.
Restoran masakan Malaysia yang sangat dinanti-nantikan pembukaannya oleh warga Malaysia khususnya para jemaah Umrah ini menghidangkan pelbagai menu seperti nasi lemak dengan pakejnya termasuk ayam goreng dan telur mata kerbau, nasi putih, kari daging, ikan masak asam pedas, ayam masak merah, ikan masak kicap dan ayam masak kurma.
Walaupun dibuka untuk pertama kalinya ini pada jam 2.30 pagi ia tetap mendapat sambutan yang hangat kerana kedudukannya di tingkat 2, Sofwah Tower di hadapan Masjidil Haram sangat mudah untuk dikunjungi kerana berada di lantai yang sama dengan Restoran Di Saji yang pernah beroperasi sebelum ini.
Pihak GISBH mendapat banyak ucapan tahniah dan kata-kata sokongan dari pelbagai pihak sempena pembukaan restoran ini kerana ia memudahkan warga Malaysia juga rakyat negara-negara Asia Tenggara yang berada di Mekah untuk menikmati makanan dan minuman yang sesuai dengan selera mereka.
Moga segala usaha GISBH khususnya para pimpianan mereka yang bersungguh-sungguh untuk merealisaikan perkhidmatan ini diberkati Allah dan dikira sebagai amal bakti kepada-Nya di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.