Bufet Ramadhan di Dewan Perdana Ekhwan Subang

Views: 2

SHAH ALAM, 09.04.2022
GISBH cawangan Subang melalui Ikhwan Cafe Subang mengadakan jualan ‘Bufet Ramadhan’ sepanjang bulan puasa di Dewan Perdana Ekhwan yang terletak di Jalan Uranus, Subang Pelangi, Shah Alam, di sini.

Antara juadah berbuka puasa yang disediakan ialah buah kurma, beberapa jenis buah-buahan yang dipotong rapi, kuih muih tradisional, juga puding dan agar-agar.

Untuk makan malam pula, para pelangggan boleh memilih untuk makan nasi mandy ayam atau nasi putih dengan pelbagai lauk pilihan seperti kambing bakar, ikan bakar, ayam masak lemak cili api, ikan masak asam pedas, ayam goreng dengan sup ‘Kembara’ dan pelbagai virasi sambal berserta ulam-ulaman.

Bagi yang inginkan juadah yang kurang ‘berat’, disediakan juga char kuetiau, laksa, sup cendawan, roti bakar, murtabak dan set sate. Minuman sejuk dan panas juga boleh dinikmati.

Antara keistimewaan Bufet Ramadhan di sini ialah pelanggan bukan sahaja selesa menunaikan sembahyang Maghrib di surau yang telah disediakan, malah akan dihiburkan dengan alunan nasyid sambil menikmati hidangan.

Kebanyakan pengunjung yang datang ke Bufet Ramadhan di Dewan Perdana Ekhwan Subang ini secara berkumpulan seperti bersama ahli keluarga atau dengan kawan-kawan.

Moga-moga dengan berbuka puasa dan beribadah bersama-sama, ikatan kasih sayang sesama ahli keluarga dan rakan-rakan bertambah kukuh sesuai dengan tuntutan bulan Ramadhan agar kita menjadi hamba Allah yang bertakwa.

Views: 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to top