GISBH Phuket ketuai bacaan doa Majlis Sambutan Ulang Tahun Kem Tentera Laut Region 3

Views: 0

PHUKET, 12.03.2022
GISBH Phuket telah diberi penghormatan dengan dijemput oleh Tentera Laut Thailand untuk mengetuai pembacaan doa di Majlis Sambutan Ulang Tahun Kem Tentera Laut Region 3, di sini hari ini.

Sempena majlis itu, mereka juga meminta khidmat katering dari GISBH Phuket iaitu sebanyak 20 kotak nasi Phadkraphau Seafood, sayur goreng, telur mata dan sup serta Brownie dari Bakeri Ikhwan.

Jemputan yang dibuat oleh Tentera Laut Thailand ini atas nama sekolah ‘Islamphattana Phuket’, iaitu sekolah GISBH di Phuket untuk membacakan tahlil dan doa keselamatan kepada kem tentera.

Mereka juga menjemput imam dari dua buah masjid iaitu Masjid Laem Panwa dan Masjid Au Makham dalam majlis yang diadakan setiap tahun ini.

Di majlis ini, wakil GISBH berpeluang bertemu dan bergambar dengan Ketua Tentera Laut yang baru berpindah ke Phuket.

Moga perkenalan ringkas dengan beliau akan bersambung dan berterusan kerana beliau sendiri menyatakan ingin bertemu lagi untuk mengenali GISBH lebih mendalam.

Hubungan baik GISBH dengan semua pihak di Phuket menyaksikan pelbagai kerjasama dibuat dengan berbagai pihak tanpa batasan agama dan bangsa yang antara lain membuktikan Islam adalah agama yang membawa kasih sayang dan pendamaian bukan militan dan permusuhan.

Views: 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to top