GISBH Chiangmai membeli sebuah kenderaan ‘food truck’

Views: 0

CHIANGMAI, 13.04.2022
GISBH cawangan Chiangmai, Thailand telah membeli sebuah kenderaan saji atau ‘food truck’ hari ini bagi menambah baik perkhidmatan Fardhu Kifayah dalam penyediaan makanan halal untuk keperluan masyarakat Islam dan bukan Islam.

Sejak tahun 2017, GISBH cawangan Chiangmai telah membuka restoran dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat dan pelancong dengan penyediaan makanan yang halal di utara negara ini.

‘Food truck’ ini telah memulakan perkhidmatannya dengan jualan menu masakan panas dan produk-produk dari Bakeri Ikhwan.

Operasi jualan bermula dari pukul 8 pagi sehingga pukul 2.30 petang di sekitar kawasan pelancongan Mon Jood. Di sebelah petangnya pula jualan ‘food truck’ diteruskan di kawasan Universiti Chiangmai.

Antara perkhidmatan lain yang ditawarkan ialah tempahan katering yang mana sasaran pelanggannya adalah mereka yang beragama Islam. Ini kerana di kawasan utara Thailand ini agak sukar untuk mendapatkan makanan halal.

Selain itu GISBH Chiangmai turut membuat perhubungan dengan pihak pengurusan hotel-hotel terpilih serta menawarkan perkhidmatan tempahan katering kepada mereka.

Views: 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to top