Ikhwan Fried Chicken terima tempahan makanan dari Konsulat Malaysia Songkhla

Views: 0

HATYAI, SONGKHLA 11.04.2022
Ikhwan Fried Chicken (IFC) Hatyai, Songkhla, salah satu daripada rangkaian restoran milik GISBH hari ini telah menerima tempahan makanan untuk majlis berbuka puasa dan kenduri dari staf Konsulat Malaysia di sini.

Tempahan makanan tersebut dibuat untuk 35 orang dan majlis pula diadakan di kuarters staf Konsulat.

Di antara tetamu yang hadir ialah Tuan Muhammad Ridzuan bin Abu Yazid, Konsul General, Timbalan Konsul General, staf-staf Konsulat serta tetamu-tetamu jemputan.

Antara makanan yang ditempah ialah sup tulang, Ikan siakap 3 rasa, kailan ikan masin, ayam goreng kunyit, nasi putih, buah-buhan dan kopi panas. GISBH memberi hadiah kepada mereka air roselle sejuk, donat 50 biji dan kurma 1 kotak.

Layanan katering dibuat oleh para staf GISBH cawangan Hatyai yang diketuai oleh En Husen selaku Setiausaha GISBH Chiang Mai yang turut berada di situ atas beberapa urusan.

Antara respon para staf di sini mengatakan bahawa mereka sangat berpuas hati dengan juadah yang disediakan malah makanan tersebut dilebihkan kuantitinya hingga semua tetamu puas menikmatinya malah ada yang dapat membawa pulang.

Staf GISBH juga sempat berbual mesra bersama Konsul General di sini, yang mana antara yang dibincangkan ialah berkenaan masalah sempadan Malaysia-Thailand.

Beliau berkongsi usahanya membantu rakyat Malaysia yang terkandas di Thailand sejak pandemik covid-19 sedangkan mereka menggunakan boarding pass di mana kerajaan Thailand akan mengenakan denda sebanyak THB40,000.00 (sekitar RM5,000.00) kepada mereka yang ingin masuk ke Malaysia.

Pada beliau, ia amat membebankan mereka yang terlibat, memandangkan sepanjang pandemik covid-19 mereka hampir tiada pendapatan. Buat masa ini, beliau sedang mengumpulkan maklumat untuk membuat proses penghantaran mereka ke Malaysia tanpa sebarang bayaran

Antara lain yang sempat dibincangkan ialah mengenai urusan keluar masuk border Malaysia-Thai juga sempat menceritakan tentang perkembangan-perkembangan terkini GISBH.

Semoga dengan perhubungan baik dengan pihak konsulat akan memudahkan kedua pihak bekerjasa sama dalam pelbagai perkara yang akan memberi kebaikan khususnya kepada kedua belah pihak dan umat Islam umumnya.

Views: 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to top