Keluarga Konsulat Malaysia di Istanbul dan tetamunya berbuka di Restoran Nur Muhammad Istanbul

Views: 5

ISTANBUL, 15.04.2022
Restoran GISBH di Turki, Nur Muhammad Lokantasi menerima tetamu kehormat hari ini di sini iaitu keluarga Konsulat Malaysia dan ‘Team’ daripada Persatuan Cinta Syria Malaysia termasuk beberapa orang artis untuk berbuka puasa di dewan restoran ini di tingkat tiga.

Di antara tetamu yang hadir di kalangan artis ialah Noh Hujan atau nama sebenarnya Mohammad Noh bin Salleh, pemuzik, penyanyi, penulis lagu dan penerbit rekod, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, komposer, penulis lirik, pelakon dan bekas penyanyi, Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir, penyanyi dan penulis lagu, Farah Lee seorang Instafamous yang mempunyai 838 ribu orang pengikut.

Mereka terlibat menyampaikan bantuan kepada pelarian Syria yang berada di Turki khususnya dalam berhadapan dengan bulan Ramadhan yang mulia daripada Persatuan Cinta Malaysia Syria.

Antara komen saudara Faizal Tahir berkaitan Restoran Nur Muhammad, “….Surau besar, itu yang paling penting, nak solat pun senang, mudah, selesa dan makanan ‘tip-top’, saya akan kembali insyaAllah!”

Komen Altimet pula, “Kami dah seminggu makan makanan Turki, bila dapat makan nasi putih dan ayam masak merah, memang sedap, so terima kasih restoran Nur Muhammad sebab bagi kami ‘taste’ balik, rasa balik masakan Malaysia terubat sikit rindu kita orang kat Malaysia, walaupun kita balik esok tapi dapat awal sikit pun tak tahan…Terima kasih Nur Muhammad!”

Moga semua tetamu yang berkunjung ke premis GISBH mendapat layanan yang sebaiknya dan memberi kekuatan kepada mereka untuk terus berkhidmat di bidang masing-masing.

Views: 5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to top