GISBH Phuket menyertai program expo ‘Roy Rim Had Lad Rim Ley’ anjuran Majlis Perbandaran Phuket

Views: 0

PHUKET, 18.04.2022
GISBH cawangan Phuket telah menyertai program expo ‘Roy Rim Had Lad Rim Ley’ anjuran Majlis Perbandaran Phuket di tepi pantai Rawai di sini.

GISBH Phuket telah membuka 2 buah gerai iaitu sebuah ‘food truck’ atau Dapur Ikhwan Bergerak yang menjual roti canai, teh tarik dan nasi serta sebuah gerai Bakeri Ikhwan yang menjual produk-produk bakeri.

Program expo ‘Roy Rim Had Lad Rim Ley’ yang bermakna ‘Enaknya makan di tepi pantai, beli makanan di tepi laut’ ini julung-julung kali diadakan selepas 3 tahun wabak Covid-19 melanda dunia.

Expo yang bermula dari 15 hingga 17hb April 2022 itu dibuka setiap hari dari pukul 4 petang hingga tengah malam.

Terdapat kira-kira 200 buah gerai di sepanjang pantai Rawai yang menarik kunjungan ramai samada penduduk tempatan dan juga pelancong asing.

Semoga aktiviti perniagaan yang diusahakan oleh GISBH seperti ini dapat membantu masyarakat Islam khasnya mendapatkan makanan yang halal dan suci sesuai dengan tuntutan agama Islam.

Views: 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to top