Lawatan Kerja CEO GISBH ke Papua

Views: 3

JAYAPURA, 16.04.2022
Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten dan Ketua Pegawai Penyelaras GISBH, Tuan Mohd Adib At-Tamimi dan rombongan tiba di sini hari ini dalam rangka lawatan kerja 3 hari di Papua.

Ketibaan rombongan disambut oleh pimpinan GISBH Papua diketuai oleh Ustaz Fauzan El-Zaman dan para RPU Papua.

Lokasi pertama lawatan Dato’ CEO ialah ke Restoran GISBH iaitu GH Corner Papua dan seterusnya berbuka di sana. GH Corner ialah salah satu daripada 118 buah rangkaian restoran GISBH seluruh dunia. Ia dibuka secara rasmi pada tahun 2017 oleh mantan Pengerusi Eksekutif GISBH, Almarhum Tuan Mohd Rasidi Abdullah di premis lama.

Pada tahun 2020, GH Corner telah berpindah ke lokasi sekarang di No. 313, Wai Mhorock, Kec. Abepura, Kota Jayapura, Papua kerana premis lama kurang luas untuk menampung pelanggan yang semakin ramai.

YH Dato’ Lokman Hakim dan rombongan juga sempat bersilaturrahim bersama penduduk asli Papua dengan cara bertegur sapa dan beramah mesra.

Walaupun berlainan agama, mereka kelihatan gembira dengan kedatangan pimpinan GISBH bila terjadi seorang pemuda Papua yang tidak beragama Islam bukan sahaja mengangkat topinya menghormati Dato’ Lokman malah mencium tangan beliau sewaktu bersalaman.

Seorang lagi yang disantuni oleh Dato’ CEO pula segera mengeluarkan wang kertas RM10 apabila mengetahui rombongan datang dari Malaysia kerana gembira bertemu dengan orang Malaysia.

Di bandar Jayapura, ibu negeri Papua, YH Dato’ Lokman Hakim dan rombongan berpeluang menziarahi Makam Habib Muhammad Asghar, seorang wali Allah yang telah menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat Papua pada sekitar tahun 1909.

Islam kali pertama masuk ke Papua ialah sekitar abad ke 15. Ini bererti Islam telah masuk ke Papua lebih awal dari kedatangan bangsa Eropah
yang membawa agama Kristian
ke wilayah Nusantara iaitu Portugis dan Sepanyol pada tahun 1511 dan Belanda pada tahun 1597. Malah Belanda dicatatkan masuk Papua hanya pada tahun 1606.

Dato’ Lokman Hakim dan rombongan juga sempat mengadakan pertemuan dgn Ustaz Umar, Ketua Harian MUI Provinsi Papua sambil bertukar pandangan dan berkongsi maklumat. Pertemuan diadakan di GH Corner.

Dalam lawatan kerja kali ini, CEO GISBH, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten dan CCO GISBH, Tuan Mohd Adib At-Tamimi berkesempatan merasmikan sebuah ‘Hand Tractor’ untuk memudahkan pengolahan tanah unit pertanian GISBH Zon Papua di Pertanian Taat Zon Papua.

Views: 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to top