Duta Malaysia ke Turki meninjau motorhomes GISBH

Views: 0

ISTANBUL,18.04.2022
Duta besar Malaysia ke Turki, TYT Tuan Sazali Mustafa telah mengadakan lawatan bagi meninjau dua buah kenderaan motorhomes milik GISBH di tempat letak kereta berdekatan dengan Masjid Sultan Ahmed di sini hari ini. Beliau diiringi Konsul Jeneral (CG), En Tengku Zharaif dan pegawai konsulat yang lain. Dua motorhome tersebut diberi nama Kattarahmat’ dan ‘Rahmatikalon’.

Terkini, GISBH memiliki 3 buah motorhomes iaitu Rahmatikalon jenama Ford Motorhome, Bay Star, Neymar dengan harga pasaran AED1.2juta (RM1. 37juta) Model Tahun 2020 buatan USA dengan kapasiti penumpang seramai 6 orang.

Manakala Kattarahmat jenama Ford E-450, Sunseeker pula, AED490K (RM560K) digerakkan dengan enjin 7.3L V8, 4WD Automatic, model tahun 2022 buatan USA dan kapasiti penumpangnya seramai 8 orang.

Seterusnya motorhome Tesekkular Emira Siti Aminah berjenama Mercedes-Benz, Winnebago berharga SAR420K, model tahun 2016. Digerakkan oleh engin Mercedes Germany dan Chasis USA. Jumlah penumpangnya hanya 2 orang. Motorhome ini sekarang berada di Saudi.

Jumlah penuh harga ketiga-tiga motorhomes GISBH ini ialah RM2.37juta, (RM2,374,000) Ia bukan satu perbelanjaan yang murah tetapi demi berdakwah dan membawa imej umat Islam dari Malaysia, GISBH nekad melakukannya.

Setelah menempuh perjalanan yang jauh meliputi sebahagian kawasan di dua benua iaitu Asia dan Afrika, menempuh sempadan negara UAE, Saudi dan Mesir akhirnya dua buah motorhomes GISBH kini sampai ke benua Eropah iaitu di kota Istanbul, Turki.

TYT Duta dan rombongan mengambil peluang melawat di semua sudut motorhomes tersebut yang mempunyai reka bentuk khas dan eksklusif dengan kemasan dalamannya yang rapi dan selesa. TYT Duta dan rombongan merasa puas dan teruja sambil berkata, “Ini baru travel!!”

Setelah diberi penerangan tujuan GISBH membeli motorhomes ini untuk lakukan usaha
Silaturrahim; Ziarah, Dakwah dan Tijarah sekaligus untuk promosi Malaysia melalui ‘Misi Bantuan
Kemanusiaan’, TYT Duta dan rombongan melahirkan rasa gembira dan menyokong usaha-usaha.

GISBH sentiasa menjalinkan hubungan dengan pihak yang bertanggung jawab terhadap rakyat
Malaysia di setiap negara yang dikunjungi khususnya TYT duta-dutanya kerana mereka umpama
bapa kepada setiap rakyat Malaysia yang berada di negara-negara tersebut.

Moga dengan perhubungan yang rapat dengan wakil rasmi kerajaan Malaysia di setiap negara
seperti ini akan membuahkan kerjasama selanjutnya demi kepentingan Islam dan
memperkenalkan lagi Malaysia ke seluruh dunia.


Views: 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to top