Restoran Nur Malaysia Tashkent menerima tempahan katering Majlis perkahwinan

Views: 0

TASHKENT, 22.04.2022
Restoran Nur Malaysia Tashkent, salah sebuah daripada 118 buah rangkaian restoran GISBH seluruh dunia telah mendapat tempahan katering sempena majlis pernikahan anak perempuan salah saorqng kenalan GISBH di Uzbekistan, Mr. Morad sekaligus majlis berbuka puasa hari ini, di sini.

Katering yang telah ditempah seawal sebulan sebelum majlis ini dihadiri seramai 120 tetamu dengan harga sebanyak 100,000 Som (RM38.00) seorang.

Makanan dihidangkan secara ‘course by course’. Di antara menu tempatan yang ditempah ialah shashlik, somsa dan non.

Selain dari makanan tempatan, Mr. Morad turut memesan aneka masakan Malaysia seperti karipap, roti canai, sira pisang, pengat pisang dan makanan barat seperti lasagna dan lain.

Menjadi adat kebiasaan di sini mereka menjemput Imam khusus untuk bacaan Al-Quran dan doa agar majlis pasangan pengantin dan majlis ini Allah berkati.

Moga pasangan pengantin yang diraikan di restoran Nur Malaysia ini mendapat rahmat dan keberkatan bulan Ramadan.

Inilah antara tujuan dan matlamat GISBH membuka restoran seluruh dunia iaitu untuk memberi khidmat kepada semua pelanggan, menjalinkan hubungan baik sesama umat Islam sekaligus mempromosi negara Malaysia sesuai dengan nama perniagaan, Restoran Nur Malaysia Tashkent.

Views: 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to top