Lawatan COO GISBH ke Kompleks Perkilangan MARA di Pedas, Negeri Sembilan

Views: 0

REMBAU, 26.04.2022
Ketua Pegawai Operasi (COO) GISBH, YBhg Tuan Hasnan bin Abdul Hamid diiringi Pegawai Tadbir Syarikat, Tuan Mohd Shukri bin Mohd Noor dan beberapa orang pegawai lain telah mengadakan ‘site visit’ ke beberapa buah kilang di bawah MARA Holdings di Taman Pengeluaran Produk Usahawan (TPPU) Pedas, di sini hari ini.

Ketibaan Tuan COO disambut oleh Pegawai MARA Daerah Rembau, En. Muhammad Farouk Manaf bin Isha yang terus menerangkan berkenaan 4 buah kilang yang sedia ada di kawasan tersebut iaitu kilang air, kilang biskut, kilang kerepek dan kilang mi segera.

Setelah itu rombongan dari GISBH dibawa melawat ke setiap kilang tersebut dan medapatkan penerangan lanjut mengenainya diiringi sendiri oleh Ketua Penolong Pengarah MARA, En. Mohd Faisal bin Mohd Hasan dari ibu pejabat MARA, Kuala Lumpur.

Tiga buah kilang ini pernah beroperasi dan mengeluarkan produk iaitu kilang air, kilang kerepek dan kilang mi segera tetapi telah berhenti beroperasi sejak 4 tahun lalu. Manakala kilang biskut belum pernah beroperasi.

Dalam lawatan ini, pihak MARA melalui En. Mohd Faisal bin Mohd Hasan, menawarkan kepada GISBH untuk mengambil alih operasi kilang-kilang tersebut samada secara pajakan atau sewa.

Perjanjian pajakan biasanya terikat dengan masa 20 hingga 30 tahun manakala perjanjian sewaan pula perlu diperbaharui setiap 3 tahun.

Moga hasrat pucuk pimpinan GISBH khasnya Pengerusi Eksekutif, YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali untuk GISBH memperbanyakkan kilang yang mengeluarkan produk-produk halal demi memenuhi keperluan ‘Fardhu Kifayah’ masyarakat Islam di tanah air segera terlaksana.

Views: 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to top