Wakil GISBH bertemu PM Thailand

Views: 2

PHUKET, 06.06.2022
Pengarah GISBH Thailand, YBhg Tuan Muhammad Syarif Hidayatullah Cek Kharil Anuar telah bertemu dengan Perdana Menteri Thailand Prayut Chan -O- Cha di Betong Hotel & Kata Resort di sini, hari ini.

Beliau diiringi oleh pimpinan Remaja Pembela Ummah (RPU) Thailand, En. Ashaari Mohammad dan En. Muhammad Ajwad At-Tamimi.

Pertemuan ini dapat dilakukan walaupun melalui protokol dan kawalan yang sangat ketat dengan usaha kenalan GISBH Thailand, Hj. Abdul Malik yang merupakan Ketua Majlis Agama Islam Phuket.

Dalam pertemuan ringkas tersebut, wakil GISBH Tuan Muhammad Syarif Hidayatullah telah menyerahkan ‘goodies bag’ GISBH dan hamper barangan ‘Ikhwan Brand’ keluaran GISBH kepada Perdana Menteri Thailand dan beliau menerimanya dengan baik.

Pertemuan kali pertama ini sangat memberi makna kepada RPU kerana Allah izinkan ketua kerajaan di sebuah negara bukan Islam sudi meluangkan masa bertemu dengan pimpinan RPU GISBH.

Moga ia menjadi titik tolak perhubungan yang lebih baik kepada kedua-dua belah pihak di masa akan datang.

Views: 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to top