DUBAI, 05.06.2023
Nur Malaysia Restaurant Dubai (NMRD) telah menerima tempahan makanan dari Malaysia Business Council (MBC) yang menganjurkan Pertandingan Golf Ambassador Cup 2023, bertempat Al Zorah Golf, Ajman, di sini baru-baru ini.
Majlis ini adalah acara tahunan MBC di mana piala pemenang keseluruhan itu sendiri ditaja oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Seramai 3 orang staf NMRD yang terlibat dengan katering termasuk Ybhg Tuan Attirillah Rusdan, Ketua Setiausaha GISBH Dubai, telah bertolak dari Rumah Tamu GISBH jam 4 petang dan apabila sampai di Zorah Golf, pasukan NMRD disambut oleh seorang ahli MBC, Ms Jessica dan dibawa ke tempat hidangan untuk menyusun makanan yang ditempah.
Juadah minum petang yang ditempah ialah sate ayam, cucur udang, kuih ketayap dan teh tarik. Di samping juadah yang ditempah, pihak NMRD menghadiahkan untuk majlis ini pengat pisang sebagai pencuci mulut.
Atas saranan En Ahmad Faiz Fauzi pemilik Syarikat Royal Eficaz, NMRD telah didaftarkan sebagai Silver Sponsors dengan menaja juadah makanan dan 4 baucar cabutan bertuah di program ini.
Sebagai salah satu penaja acara ini, NMRD menerima sijil penyertaan daripada penganjur sebagai penghargaan yang diterima oleh wakil NMRD, Ybhg Tuan Attirillah sendiri.
Suasana majlis di malam itu kelihatan meriah dengan penyampaian hadiah dan diselangi dengan cabutan bertuah malah salah seorang staf NMRD turut memenangi cabutan bertuah tersebut.
Sebelum bersurai, para staf NMRD sempat bergambar dengan Presiden MBC En. Fahmi Ansara beberapa orang wakil syarikat yang lain.
Moga NMRD sebagai salah satu cawangan restoran GISBH dapat meneruskan hubungan baik dengan semua pihak melalui khidmat katering untuk merealisasikan saranan