Timbalan Setiausaha Agung So Or Bor Tor bertemu Pengerusi Eksekutif GISBH

Views: 2

PATTANI, 15.06.2023
Timbalan Setiausaha Agung So Or Bor Tor, Mr. Satta Khachaplayuk telah melakukan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali di Restoran Ikhwan Delight Pattani di sini semalam.

Beliau mewakili Dr. Kriangsak wakil khas kerajaan Thailand yang mengarahkannya bertemu langsung dengan Tuan Nasiruddin untuk membincangkan kerjasama GISBH dengan kerajaan Thailand berkaitan pemulihan dan pembangunan semula Pusat Khidmat Sehenti Kawasan Perindustrian Makanan Halal Wilayah Pattani tetapi akhirnya membincangkan pelbagai tajuk seperti pembangunan remaja, projek ternakan ayam, mendidik masyarakat dengan kebudayaan, projek house boat dan pelancongan di Yala dan juga menonton video profil GISBH.

Respons Mr. Satta Khachaplayuk, setelah sesi perbincangan, tayangan profil syarikat dan menonton persembahan nasyid secara ‘live’, “GISBH adalah sebuah syarikat yang terunggul di dunia, menjadi contoh pada semua, bukan setakat di Malaysia sahaja.

“Yang sangat penting sekarang ialah melatih generasi pelapis perjuangan kerana sekarang segala-gala berlaku dengan cepat. Yang cepat inilah kadang-kadang merosakkan kita.

“Apa yang Tuan Chairman hendak adalah satu pemikiran yang sangat canggih dan moden sesuai dengan era. Untunglah Tuan Chairman telah membina generasi Ikhwan di kalangan remaja-remaja.

“Satu lagi GISBH sebuah syarikat yang mengusahakan pemakanan kerana makanan itulah proses logistik.

“Sebab semua makanan ini bermula daripada pertanian, inilah jantung dan nadinya, dari tanaman dan pertanian turun ke sungai dan laut iaitu perikanan.

Mengenai pelancongan, beliau melihat GISBH ingin membina roh atau jiwa semua orang melalui pelancongan.

“Semua yang GISBH buat berdasarkan kajian dan sudah tentu sangat banyak research.

“Dan yang paling penting adalah kebudayaan yang syarikat ini telah jadikan sebagai pegangan, saya nampak, kebanyakan syarikat cuma di satu sudut sahaja perjuangannya tetapi syarikat ini di pelbagai sudut. Ringkasnya syarikat GISBH ini untuk masyarakat dunia,” ulas Mr. Satta Khachaplayuk lagi.

Program ramah mesra dengan hidangan jamuan makanan Malaysia seperti lempeng kelapa dan sambal tumis, kuih kasturi, popia goreng, buah-buahan dan minuman sangat ceria dengan gurauan lebih-lebih lagi YDH Tuan Nasiruddin mampu menggunakan banyak patah perkataan Thailand dengan tepat.

Ketika Tuan Pengerusi Eksekutif menceritakan tempat-tempat yang pernah beliau pergi seluruh Thailand seperti ke Chiang Mai, Chiang Rai, Khon Kaen, Nakhon Ratchasima, Mr. Satta berseloroh, “Kalau macam inilah pengetahuan mengenai Thailand boleh dilantik jadi Gabenor!”

Program diakhiri dengan sesi bergambar dan pemberian cenderahati berupa plak cawangan-cawangan GISBH seluruh dunia.

Moga kerjasama GISBH dengan kerajaan Thailand akan membuka fikiran semua golongan bahawa umat Islam sangat boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak hatta yang bukan Islam sekalipun tanpa mengorbankan prinsip jika ajaran Islam itu sendiri menjadi cara hidup muslim.

Views: 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to top