Labuan jadi hub pembekalan Biskut Raya Ikhwan untuk Sabah dan Brunei

Views: 12

LABUAN, 27.04.2022
Setiap kali menjelang Aidil Fitri, umat Islam di sekitar Labuan, Kota Kinabalu dan Brunei pasti akan teringatkan Biskut Raya Ikhwan untuk dijadikan juadah hari raya kepada kaum keluarga dan sahabat taulan, memandangkan ia telah berada di pasaran sejak hampir dua dekad yang lalu.

Bermula pada tahun 2004 dengan bermodalkan RM15 ribu, produk biskut raya Ikhwan berjaya dijual sebanyak RM30 ribu menandakan ia mendapat sambutan hangat penduduk pulau ini.

Ketika itu 15 jenis biskut dikeluarkan dengan mengekalkan biskut-biskut tradisi seperti semperit, kuih bangkit dan tart nenas yang sangat mendapat sambutan.

Tahun 2022 ini adalah tahun ke 18 biskut Raya Ikhwan berterusan dibuat dan dipasarkan di Labuan setiap tahun. Pelanggannya juga bertambah meluas hingga ke Sabah dan Brunei.

Dengan bilangan staf seramai 22 orang, Bakeri Ikhwan Labuan mengeluarkan 31 jenis biskut raya tahun ini dengan biskut Nutella Delight yang paling mendapat sambutan. Tarikan utama Biskut Raya Ikhwan ialah kualiti rasanya yang sangat sedap kerana menggunakan ‘100% Pure Butter’.

Antara biskut-biskut lain yang dipasarkan ialah Makmur Semenanjung, Pistachio Yummies, Walnut Crunchy, Butterscotch Peanut, Tart Nanas, Makmur Sabah, Tart Cadbury, Red Velvet, Nestum Batik, Rainbow Cookies, Pandan Gula Melaka, Almond London, Dahlia Susu, Gajus Cookies dan lain-lain.

Setakat tarikh 26.04.2022, sebanyak 6934 balang biskut Raya Ikhwan telah berjaya dijual dengan jumlah jualan mencapai RM228,906.35.

Ketika ditanya kepada seorang pelanggan Biskut Raya Ikhwan, Puan Siti dari Jabatan Hal Ehwal Korporat Labuan yang selama ini hanya menempah biskut raya untuk diri sendiri, mengapa tahun ini menempah 25 hamper Biskut Raya Ikhwan, ringkas beliau menjawab, “Kualiti Biskut Ikhwan tak pernah mengecewakan!”

Biskut Raya Ikhwan boleh diperolehi di Restoran dan Bakeri Ikhwan, C002, Ground Floor, Financial Park, Wilayah Persekutuan Labuan atau di bangunan yang dikenali sebagai Ujana Kewangan Labuan.

Views: 12

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to top