RPU dalami teknik berenang di Open Water Swimming, Port Dickson

Views: 14

PORT DICKSON, 03.08.2022
Seramai 40 orang Remaja Pembela Ummah (RPU) GISBH berpeluang mendalami berbagai teknik berenang menerusi program ‘1 Km Open Water Swimming’ di Avillion Admiral Cove di sini baru-baru ini.

Program anjuran Biro Sukan Sunnah GISBH itu bermula dengan pergerakan peserta menaiki 9 buah kenderaan diiringi 6 motorsikal berkuasa tinggi dari Kafe Ikhwan Delight cawangan Sg Penchala menuju ke Saza Beach Villa & Chalet (SBV & C) Kuala Sg Baru, Melaka dan bermalam di sana.

Keesokan paginya, selesai menunaikan solat Fardhu Subuh dan menikmati kudapan, rombongan terus bergerak ke lokasi latihan dan tiba di situ jam 7. 00 pagi.

Para peserta diberi taklimat oleh En Saiful yang digelar Chairman, mengenai pelbagai teknik berenang di laut seperti drafting, sighting dan cornering manakala yuran penyertaan adalah sebanyak RM75 seorang.

Setiap peserta kemudiannya menjalani latihan praktikal di laut berdasarkan teori yang diajar secara bergilir-gilir untuk memahami sendiri maksud sebenar teori yang dipelajari di alam realiti.

Seterusnya, para peserta dikehendaki berenang di laut dengan jarak 100 meter berulang-alik 10 kali, menjadikan jarak berenang sejauh 1 km.

Selepas itu, peserta berhenti rehat untuk menikmati sarapan pagi sebelum meneruskan aktiviti bermain bola baling.

Ketua RPU GISBH, Ybhg Tuan Adib turut mengundang staf-staf GISBH dari kalangan RPU Negeri Sembilan untuk turut sama dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Kesemua aktiviti yang dijalankan mendapat liputan langsung dari Saluran TV Ikhwan, Facebook RPU dan Youtube yang boleh ditonton di seluruh dunia.

Hati yang sentiasa merindui dan kasih akan Rasulullah SAW pasti berusaha untuk menghidupkan sunnah baginda sebanyak yang mungkin. Semoga aktiviti sukan sunnah berenang ini akan mengikat hati-hati remaja ini untuk terus mencintai dan merindui Rasulullah.

Views: 14

Reviews for RPU dalami teknik berenang di Open Water Swimming, Port Dickson

There are currently no reviews for RPU dalami teknik berenang di Open Water Swimming, Port Dickson
Scroll to top