Perundingan GISBH dengan WBSB ke arah mengembangkan nilai dan keupayaan perniagaan GISBH

Views: 40

KUALA LUMPUR, 09.02.2023
Ybhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH telah mengadakan satu pertemuan dengan Web Brothers Sdn Bhd (WBSB) di restoran Ikhwan Delight Sungai Penchala, di sini baru-baru ini.

WBSB diwakili oleh En. Syed Omar Syed Mohamed dan rakannya En. Syamil Abdullah manakala turut hadir adalah barisan para Ahli Lembaga Penasihat GISB Holdings, YBhg Pn Azura Yusuf, Dato’ Marzuki Ramli dan juga En. Jefri Mohd Meidin.

Pertemuan antara lain untuk membincangkan kerjasama di antara GISBH dan WBSB dalam usaha untuk mengembangkan lagi nilai dan keupayaan perniagaan GISB Holdings di dalam dan luar negara khususnya di dalam bidang Integrator Ayam.

Turut dibincangkan adalah situasi semasa bekalan ayam di negara ini yang merupakan negara ketiga terbesar di dunia yang rakyatnya memakan daging ayam, selepas Amerika Syarikat dan Brazil.

Daripada keperluan sebanyak 2.3 juta ekor ayam sehari, hanya 821,000 ekor ayam dapat dihasilkan menyebabkan negara sentiasa mengalami masalah kekurangan bekalan ayam.

Selain daripada itu, 70% daripada pengunaan ayam di Malaysia adalah di kalangan pengguna Muslim, sedangkan belum ada lagi syarikat Integrator Ayam di Malaysia yang dikuasai oleh bumiputera Islam.

Melihatkan kepada kemahiran, tenaga kerja, komitmen serta jaringan pemasaran GISBH sedia ada, WBSB yakin GISBH boleh menjadi peneraju Integrator Ayam di negara ini dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Semoga hasrat YDH Pengerusi Eksekutif agar GISBH menjadi peneraju ‘Integrator Ayam’ bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia, dalam memberi manafaat kepada seluruh manusia dikabulkan Allah SWT.

Views: 40

Reviews for Perundingan GISBH dengan WBSB ke arah mengembangkan nilai dan keupayaan perniagaan GISBH

There are currently no reviews for Perundingan GISBH dengan WBSB ke arah mengembangkan nilai dan keupayaan perniagaan GISBH
Scroll to top