GLOBAL

Pengerusi Eksekutif GISBH dan rombongan menziarahi Kompleks Pemakaman Turki di Acheh

BANDA ACEH, 30.03.2022
Pengerusi Eksekutif GISBH dan rombongan mengambil peluang dalam rangka lawatan kerja ke projek-projek GISBH di Indonesia untuk menziarahi Pemakaman Tentera Turki di Kompleks Makam Tengku Di Bitay di Desa Bitai, Banda Aceh hari ini.

Menurut catatan sejarah, pada tahun 1539, Kesultanan Turki Uthmaniah telah menghantar para ulama, guru dan tentera belayar menuju tanah Aceh untuk membantu melawan penjajah Portugis ketika itu.

Allah kekalkan bukti hubungan diplomatik antara Kerajaan Aceh Darussalam dengan Kesultanan Turki Uthmaniah dengan adanya Kompleks Makam Tengku Di Bitay di Desa Bitai, Banda Aceh.

Ratusan makam guru, ulama dan pejuang Turki di Aceh terdapat di sini.

Masyarakat Aceh menyebut kompleks di sekitar makam ini sebagai “Kampung Turki”.

Berdasarkan catatan sejarah, nama Tengku Di Bitay diambil daripada ulama Palestin yang memimpin rombongan Kesultanan Turki Uthmaniah ke Aceh. Nama ulama tersebut adalah Muthalib Ghazi bin Mustafa Ghazi yang kemudian dikenal dengan nama Tengku Syeikh Tuan Di Bitai. Beliau membantu Kesultanan Aceh dalam pengajaran agama Islam. Ini membuktikan Empayar Turki bukan sahaja mengirim bantuan ketenteraan bahkan menghantar ulama dan guru.

Ketika tentera-tentera Turki Uthmaniah ini tiba, mereka mendarat di Bitai dan mendirikan akademi tentera di sini.

Di kompleks makam Uthmaniah ini juga menjadi tempat para tentera Turki Uthmianah dimakamkan.
Selain daripada mereka, pemakaman ini juga diperuntukkan bagi para bangsawan dan ulama-ulama Kesultanan Aceh Darussalam.

Ketika tsunami melanda Aceh pada tahun 2004, berlaku kerosakan besar di pemakaman ini malah banyak mayat mangsa tsunami yang terdampar di sini.

Kerajaan Turki telah menghantar pasukan Bulan Sabit Merah Turki untuk memulihkan kerosakan makam pada tahun 2005 dengan memasang pagar dan batu granit.

Jelas di sini hubungan antara kerajaan Turki dan Aceh telah berlaku dari dahulu lagi di bidang pendidikan, ketenteraan, keagamaan dan budaya.

Mengambil keberkatan pejuang-pejuang dahulu yang merentas benua dan lautan demi membela agama Allah, YBhg Tuan Pengerusi Eksekutif GISBH membawa rombongan melawat dan melihat sendiri kesan sejarah mereka.

Di sini, beliau mengetuai rombongan mengambil peluang menghadiahkan pahala bacaan ayat suci Al-Quran kepada para pejuang terdahulu dan berdoa agar perjuangan Islam kini dibantu oleh Allah Taala.

Ikhwan Fried Chicken terima tempahan makanan dari Konsulat Malaysia Songkhla

HATYAI, SONGKHLA 11.04.2022
Ikhwan Fried Chicken (IFC) Hatyai, Songkhla, salah satu daripada rangkaian restoran milik GISBH hari ini telah menerima tempahan makanan untuk majlis berbuka puasa dan kenduri dari staf Konsulat Malaysia di sini.

Continue Reading

Pengerusi Eksekutif GISBH dan rombongan melawat Masjid Agung Demak

SEMARANG 14.04.2022
Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan rombongan telah mengadakan lawatan ke Masjid Agung Demak di sini hari ini dalam rangka kembara seluruh Indonesia Silaturrahim, ziarah, dakwah dan tijarah juga lawatan kerja ke projek-projek GISBH di Indonesia.

Continue Reading

GISBH Chiangmai membeli sebuah kenderaan ‘food truck’

CHIANGMAI, 13.04.2022
GISBH cawangan Chiangmai, Thailand telah membeli sebuah kenderaan saji atau ‘food truck’ hari ini bagi menambah baik perkhidmatan Fardhu Kifayah dalam penyediaan makanan halal untuk keperluan masyarakat Islam dan bukan Islam.

Continue Reading

GISBH Phuket ketuai bacaan doa Majlis Sambutan Ulang Tahun Kem Tentera Laut Region 3

PHUKET, 12.03.2022
GISBH Phuket telah diberi penghormatan dengan dijemput oleh Tentera Laut Thailand untuk mengetuai pembacaan doa di Majlis Sambutan Ulang Tahun Kem Tentera Laut Region 3, di sini hari ini.

Continue Reading

Bufet Ramadhan di Restoran Nur Malaysia Amman mendapat sambutan

GISBH Jordan melalui Restoran Nur Malaysia Amman mengambil peluang mengadakan jualan bufet Ramadhan di sini, setelah semua jenis perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa apabila kerajaan Jordan mengistiharkan Jordan telah bebas dari Pendemik Covid-19.

Continue Reading

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Yayasan Kesultanan Palembang Darrussalam dan
GISB Holdings Sdn. Bhd.

PALEMBANG, 09.04.2022
Yayasan Kesultanan Palembang Darrussalam hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama syarikat GISB Holdings
bagi menjalinkan persefahaman dan kesepakatan dalam melakukan kerjasama sosial, ekonomi dan kebudayaan.

Continue Reading

Katering GISBH Mekah untuk rombongan Menteri MITI di Konsulat Malaysia Jeddah

JEDDAH , 08.04.2022
Restoran Nur Muhammad Mekah di bawah syarikat GISBH telah diberi kepercayaan oleh Konsulat Malaysia Jeddah di sini hari ini untuk menyediakan perkhidmatan katering kepada seramai 150 orang di majlis berbuka puasa dan ramah mesra YAB Dato’ Seri Azmin Ali,
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) dengan warga Malaysia di Jeddah .

Majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh pihak Konsulat ini telah diadakan di perkarangan pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah.

Majlis turut dihadiri oleh Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tuan Hj ‘Alauddin Mohd Nor, pegawai-pegawai Konsulat, Konsul Haji, pelajar-pelajar Malaysia dan warga Malaysia yang menetap di Saudi.

Majlis berbuka puasa dimulakan dengan jamuan ringan berupa buah kurma, minuman dan kuih-muih yang disediakan oleh katering Restoran Nur Malaysia Mekah dan juga kuih muih yang di bawa oleh warga Malaysia di sini.

Selepas sembahyang Maghrib, ketika YB Menteri dan dif kehormat berada di ruang makan ‘VIP’, YB Menteri memuji teh tarik yang dihidang rasanya sedap seperti di kedai mamak.

Konsul Haji, Tuan Hj Suhaimi memperkenalkan kepada YB Menteri bahawa katering ini di ambil daripada syarikat GISBH dan turut memaklumkan yang GISBH mempunyai dua buah restoran di Mekah termasuk restoran yang baru dibuka semalam di bangunan Sofwa Tower.

YB Menteri mengiakan dan mengatakan bahawa beliau baru-baru ini telah makan di kafe Ikhwan, Pavilion Malaysia di EXPO Dubai bersama YAB Perdana Menteri.

Setelah selesai sembahyang Isyak dan Tarawih, YB Menteri meluangkan masa bergambar beramai-ramai sebelum bergerak ke lapangan terbang untuk pulang ke tanah air.

Ketika bersalaman YB Menteri mengucapkan terima kasih kepada wakil GISBH atas hidangan makanan dan minta didoakannya .

Moga segala perkhidmatan daripada syarikat GISBH di seluruh dunia dapat mengembirakan semua pihak kerana Allah mencintai hamba-hamba-Nya yang mendatangkan kegembiraan di hati manusia.

Juadah Sahur hidangan pertama Restoran Nur Malaysia Al-Haram di hari pembukaan

MEKAH, 08.04.2022
Restoran Nur Malaysia Al-Haram, Sofwa Tower telah memulakan perniagaannya di sini hari ini dengan jualan makanan untuk sahur bermula dari pukul 2.30 pagi hingga sebelum azan Subuh jam 4.55 pagi.

Restoran masakan Malaysia yang sangat dinanti-nantikan pembukaannya oleh warga Malaysia khususnya para jemaah Umrah ini menghidangkan pelbagai menu seperti nasi lemak dengan pakejnya termasuk ayam goreng dan telur mata kerbau, nasi putih, kari daging, ikan masak asam pedas, ayam masak merah, ikan masak kicap dan ayam masak kurma.

Walaupun dibuka untuk pertama kalinya ini pada jam 2.30 pagi ia tetap mendapat sambutan yang hangat kerana kedudukannya di tingkat 2, Sofwah Tower di hadapan Masjidil Haram sangat mudah untuk dikunjungi kerana berada di lantai yang sama dengan Restoran Di Saji yang pernah beroperasi sebelum ini.

Pihak GISBH mendapat banyak ucapan tahniah dan kata-kata sokongan dari pelbagai pihak sempena pembukaan restoran ini kerana ia memudahkan warga Malaysia juga rakyat negara-negara Asia Tenggara yang berada di Mekah untuk menikmati makanan dan minuman yang sesuai dengan selera mereka.

Moga segala usaha GISBH khususnya para pimpianan mereka yang bersungguh-sungguh untuk merealisaikan perkhidmatan ini diberkati Allah dan dikira sebagai amal bakti kepada-Nya di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.

Wali Pitu Tokoh Pendakwah di Pulau Bali

Kalau di pulau Jawa terkenal dengan dakwah ‘Wali Sogo’ atau sembilan orang wali yang bertanggung jawab menyeru manusia beriman kepada Allah, di Bali pula terdapat ‘Wali Pitu’ atau tujuh orang wali yang berdakwah memperkenalkan Allah dan agama Islam kepada penduduk Bali.

Continue Reading
Scroll to top