BACHOK, 13.06.2023
Ikhwan Equestrian telah menyertai Kejohanan Kuda Lasak Piala Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK NC CUP) 2023 yang berlangsung di Pantai Seri Nipah, di sini baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 10.06.2023
Seramai 8 staf GISBH telah menjalani Peperiksaan Penilaian Amali (PPT), bidang kulinari, di Restoran Ikhwan Delights Sungai Penchala anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) di sini baru-baru ini dan ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua.
TIOMAN, 08.06.2023
2 orang staf GISBH telah menyertai Kursus Penyembelihan dan Forum Halal anjuran Pejabat Agama lslam Daerah Rompin di Masjid Kampung Tekek di sini semalam.
MUAR, 22.03.2022
Sepuluh orang kaki tangan dari syarikat penerbitan televisyen dan filem Skop Productions Sdn Bhd yang diasaskan oleh Dato’ Yusof Haslam telah berkunjung ke Ikhwan Delights Muar di sini untuk menemuramah stafnya sebagai tetamu dalam rancangan Kopi-kopi.
Kuala Lumpur: Warga GISBH di 17 buah negara menyambut Aidil Fitri penuh kemeriahan tahun ini dengan surau dan lapangan dipenuhi jemaah yang hadir bersama keluarga masing-masing dengan mengenakan pakaian berwarna-warni bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri selepas dua tahun meraikannya secara sederhana.
SEPANG 14-16.05.2022
Remaja Pembela Ummah (RPU) telah menganjurkan sebuah majlis silaturrahim bersama rakan-rakan lama mereka di Pusat Latihan Remaja Pembela Ummah Labu Lanjut di sini, baru-baru ini.
LABUAN, 27.04.2022
Setiap kali menjelang Aidil Fitri, umat Islam di sekitar Labuan, Kita Kinabalu dan Brunei pasti akan teringatkan Biskut Raya Ikhwan untuk dijadikan juadah hari raya kepada kaum keluarga dan sahabat taulan, memandangkan ia telah berada di pasaran sejak hampir dua dekad yang lalu.
REMBAU, 26.04.2022
Ketua Pegawai Operasi (COO) GISBH, YBhg Tuan Hasnan bin Abdul Hamid diiringi Pegawai Tadbir Syarikat, Tuan Mohd Shukri bin Mohd Noor dan beberapa orang pegawai lain telah mengadakan ‘site visit’ ke beberapa buah kilang di bawah MARA Holdings di Taman Pengeluaran Produk Usahawan (TPPU) Pedas, di sini hari ini.
SEBERANG PERAI UTARA, 18.04.2022
GISBH Pulau Pinang telah menyertai Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM), Mega Ramadhan Peringkat Negeri Pulau Pinang, yang telah dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selama dua hari dari 16-17 April 2022, Jam 10 pagi hingga jam 4 petang berlokasi di perkarangan Masjid ‘Ibadur Rahman, Kepala Batas, Pulau Pinang.
PUTRAJAYA, 16.04.2022 Program berbuka puasa beramai-ramai dan persembahan pentas di Dataran Putrajaya mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat bila dianggarkan seramai 20 ribu orang membanjiri dataran tersebut di sini sejak jam 5 petang semalam hingga ke tengah malam tadi.
Generasi Harapan (GH), kumpulan nasyid dan budaya di bawah GISBH Sdn. Bhd. turut serta memberikan persembahan pada malam ini meliputi hadrah, nasyid, silat dan deklamasi sajak.
Persembahan yang diringi pencahayaan yang baik, muzik yang bertenaga, apa lagi dipadukan dengan seni silat dan tarian sufi membuatkan pengunjung tidak berganjak sehingga selesai program.
Antara ucapan pengacara majlis sebaik tamat persembahan GH, “GH adalah sebuah kumpulan di bawah GISBH. GISBH adalah singkatan kepada Global Ikhwan Sdn. Bhd. sebuah syarikat yang mempunyai berbagai aktiviti antaranya pendidikan, hiburan, pasar raya, produk pembuatan makanan, klinik, butik, hotel, homestay dan sebagainya, sangat-sangat banyak, sangat-sangat dahsyat dia orang ni.”
“Persembahan kalau kita dapat tengok, persembahan fenomena untuk warga Putrajaya. Sangat penuh dengan kejutan, penuh dengan dramatik, penuh dengan tenaga,” katanya lagi.
Di media sosial juga banyak komen positif mengenai persembahan GH malam ini yang boleh diperolehi antaranya dari;
Hussain Zulkarnain, “Grand Concert berjiwa dan membahagiakan.”
Muhd Adam, “Bergetar jiwa.”
Abu Hussein 6783, “Moga hati-hati manusia di Putrajaya terus bergema dan meriah dengan alunan membesarkan Allah dan Rasul-Nya di malam Ramadhan ni bersama dengan Generasi Harapan.”
KASIM PASA, “Nampak ramai yang hadir yee. Ramai orang yang nak hiburan seperti ini, lagi di bulan Ramadhan.”
Kaki Kupi, “Terima kasih rakan-rakan GISBH, RPU, GH yang memberi pengisian iktikaf Ramadhan kita yang dah lama kita di SOPkan bahana Covid-19. Terus kita mendoakan masa ini agar usaha dakwah pendekatan advance terus diperbaik.”
Begitulah bila fitrah manusia diisi dengan hiburan yang tepat, ia akan memberi kesan yang positif kepada minda, jiwanya dan juga mendorong fizikal manusia untuk melakukan kebaikan demi kebaikan.
about:blankImageUpload an image file, pick one from your media library, or add one with a URL.UploadMedia LibraryInsert from URL
Recent Comments