Ketua Polis Daerah Putrajaya melawat Booth GISBH di Festival Ramadan Putrajaya 2022
PUTRAJAYA, 16.04.2022
Ketua Polis Daerah Putrajaya, YDH ACP A.Asmadi Bin Hj. Abdul Aziz singgah di Booth GISBH di Festival Ramadan Putrajaya 2022 di sini dalam lawatan beliau petang ini.
Program Kembara Kepimpinan APM bersama GISBH
MELAKA, 08-10.04.2022
Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah menganjurkan Program Kembara Kepimpinan APM dengan kerjasama GISBH selama 3 hari bermula dari 8 hingga 10 April 2022 bertempat di Saza Beach Villa & Chalet, Kuala Linggi, Melaka, di sini.
Bufet Ramadhan di Dewan Perdana Ekhwan Subang
SHAH ALAM, 09.04.2022
GISBH cawangan Subang melalui Ikhwan Cafe Subang mengadakan jualan ‘Bufet Ramadhan’ sepanjang bulan puasa di Dewan Perdana Ekhwan yang terletak di Jalan Uranus, Subang Pelangi, Shah Alam, di sini.
Persembahan GH di Festival Ramadhan Putrajaya 2022
PUTRAJAYA, 10.04.2022
Kumpulan Kebudayaan di bawah syarikat GISBH, Generasi Harapan (GH) telah mengadakan satu persembahan di sini hari ini dari jam 10 malam hingga jam 12 tengah malam.
GISBH Menyertai Festival Ramadhan Putrajaya 2022
PUTRAJAYA, 31.03.2022.
GISBH menyertai Festival Ramadhan Putrajaya (FRP) 2022 yang bermula 31 Mac hingga 2 Mei 2022 bertempat di Dataran Putrajaya, Prescint 3 di sini dengan matlamat untuk sama-sama memeriahkan sambutan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.
Kunjungan Tetamu dari Algeria ke GISBH
KUALA LUMPUR, 07.04.2022
GISBH Malaysia menerima kedatangan seorang tetamu dari Algeria, Syeikh Hatem Zekiri, seorang pengusaha kurma ‘Deglet Noor’ yang terkenal di Algeria, daripada 31hb Mac hingga 7hb April, hari ini dan pulang ke negaranya awal pagi esok.
Ikhwan Maritime Jadi Nelayan Kerana Tuntutan Fardhu Kifayah
PASIR PUTEH, 19.03.2022.
Demi menunaikan tuntutan Fardhu Kifayah, Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Nasiruddin Mohd Ali bukan sahaja telah membeli sebuah kapal nelayan laut dalam, dua buah kapal api, pukat malah menanggung kos baik pulih serta ‘up grade’ yang memakan belanja tidak kurang daripada RM1 juta di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan tahun lalu.
Staf GISBH Tioman bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong
TIOMAN, 31.03.2022
Staf-staf GISBH Tioman telah berpeluang bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Al-Sultan Abdullah ibni Almarhum Sultan Hj Ahmad di sini hari ini semasa berada di Pantai Bunut yang terletak di antara Berjaya Resort dan Kampung Paya.
ADUN Trong bersama kumpulan kayuhan DUN Trong singgah di GISBH Batu Hampar
YB Jamaliah Zakaria, ADUN Trong telah singgah dan mengambil peluang mengunjungi GISBH Batu Hampar, di sini bersama ‘Team Jom Kayuh Bersama Cikgu Milah Dun Trong Ukhwah Ride’ dalam perjalanan untuk menyempurnakan kayuhan 30 KM mereka hari ini.
Continue ReadingKetua Pegawai Eksekutif GISBH di Majlis Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia
Bera, Pahang. 13 Mac 2022
YH Dato Lokman Hakim Pfordten, Ketua Pegawai Eksekutif GISBH telah dijemput sebagai tetamu kehormat mewakili YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH ke Majlis Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia anjuran Yayasan Perihatin Nasional bertempat Dewan Konvensyen Bera, Pahang.
- ‹ Previous
- 1
- 2
- 3
- Next ›
Recent Comments