GISBH dijemput meriahkan majlis ulang tahun D’Tandoor International Group Of Restaurants
KUALA LUMPUR, 08.06.2023
GISBH telah dijemput menghadiri majlis Terlajak Raya Open House dan Ulang Tahun ke 30 D’Tandoor International Group Of Restaurants di Restoran Roti By D’Tandoor, Jalan Damai, Kg Datuk Keramat, di sini semalam.
Staf GISBH ikuti Kursus Penyembelihan dan Forum Halal
TIOMAN, 08.06.2023
2 orang staf GISBH telah menyertai Kursus Penyembelihan dan Forum Halal anjuran Pejabat Agama lslam Daerah Rompin di Masjid Kampung Tekek di sini semalam.
Ikhwan Equestrian sertai pertandingan kuda lasak di Australia
MUDGEE, 08.06.2023
Pasukan Ikhwan Equestrian Australia mendapat pengalaman baru apabila menyertai Kejohanan Kuda Lasak Australia di Central Range Endurance Club, Windeyer, di sini sekitar 260km dari Sydney, baru-baru ini.
Nur Malaysia Dubai terima tempahan makanan dari Malaysia Business Council
DUBAI, 05.06.2023
Nur Malaysia Restaurant Dubai (NMRD) telah menerima tempahan makanan dari Malaysia Business Council (MBC) yang menganjurkan Pertandingan Golf Ambassador Cup 2023, bertempat Al Zorah Golf, Ajman, di sini baru-baru ini.
Wakil GISBH bertemu PM Thailand
PHUKET, 06.06.2022
Pengarah GISBH Thailand, YBhg Tuan Muhammad Syarif Hidayatullah Cek Kharil Anuar telah bertemu dengan Perdana Menteri Thailand Prayut Chan -O- Cha di Betong Hotel & Kata Resort di sini, hari ini.
Aidilfitri di sambut meriah warga GISBH seluruh dunia
Kuala Lumpur: Warga GISBH di 17 buah negara menyambut Aidil Fitri penuh kemeriahan tahun ini dengan surau dan lapangan dipenuhi jemaah yang hadir bersama keluarga masing-masing dengan mengenakan pakaian berwarna-warni bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri selepas dua tahun meraikannya secara sederhana.
Continue ReadingMajlis Silaturrahim eratkan RPU dengan rakan lama
SEPANG 14-16.05.2022
Remaja Pembela Ummah (RPU) telah menganjurkan sebuah majlis silaturrahim bersama rakan-rakan lama mereka di Pusat Latihan Remaja Pembela Ummah Labu Lanjut di sini, baru-baru ini.
Labuan jadi hub pembekalan Biskut Raya Ikhwan untuk Sabah dan Brunei
LABUAN, 27.04.2022
Setiap kali menjelang Aidil Fitri, umat Islam di sekitar Labuan, Kita Kinabalu dan Brunei pasti akan teringatkan Biskut Raya Ikhwan untuk dijadikan juadah hari raya kepada kaum keluarga dan sahabat taulan, memandangkan ia telah berada di pasaran sejak hampir dua dekad yang lalu.
‘One Stop Islamic Village’ di Satun
SATUN, THAILAND 26.04.2022
Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali, diiringi Pengarah GISBH Thailand, YBhg Tuan Ahmad Anuar Abd Rahman dan rombongan GISBH memulakan Kembara Silaturrahim; Ziarah, Dakwah dan Tijarah di Thailand dengan menyantuni sebahagian penduduk Kg Kuun Don di sini dengan pemberian wang zakat dan pengagihan barang-barang keperluan dapur.
GISBH dan YKPPM Lancar Tabung Bantuan Rakyat Afghanistan
ALOR SETAR, 23.04.2022
Syarikat GISB Holdings Sdn Bhd dengan kerjasama Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) telah melancarkan Tabung Bantuan Afghanistan dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan di Royal Kedah Club, Pumpung di sini hari ini. Majlis berbuka puasa tersebut telah ditaja oleh Klinik Pakar Jantung Dr. Rahim
Recent Comments