10 remaja Filipina berkursus di PPIBCH Rawang

Views: 485

RAWANG, 15.10.2023
Hasil dari program Silaturrahim; Ziarah, Dakwah dan Tijarah yang diusahakan oleh Pegerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tuan Hj. Nasiruddin Mohd Ali dengan menghantar delegasi GISBH ke Filipina, telah tiba ke Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes (PPIBCH) 17 orang tetamu dari Marawi City, Filipina semalam di sini.

Mereka terdiri daripada 10 orang remaja dan 7 orang ahli keluarga ketua rombongan ini iaitu Atty. Elias R. Yusoph, bekas Pesuruhjaya COMELEC, bekas Pendakwa Raya dan Penyemak Undang-undang Komersial.

Tujuan kedatangan Atty. Elias R. Yusoph dan isteri Hja. Soraya Zaalica Pangcoga-Yusoph ke PPIBCH ialah untuk membuat penyerahan 10 belia Marawi City berkursus cara hidup Islam yang dilaksanakan oleh GISBH.

Para remaja ini tinggal di asrama bersama staf GISBH untuk mereka melihat sendiri cara hidup Islam di sini dengan makan dan beribadah bersama-sama juga mengikuti kuliah khas untuk mereka.

Antara program yang disusun untuk para tetamu hari ini ialah bersarapan dan beramah mesra dengan para Ahli Lembaga Penasihat (ALP) iaitu Tuan Hj. Ahmad Anuar Abdul Rahman dan Tuan Hj. Nik Hazani Nik Muhammad di Ikhwan Coffee House PPIBCH.

Setelah itu para tetamu dibawa ke Panggung Ikhwan untuk menonton Profail GISBH dan beberapa filem pendek untuk melihat secara meluas aktiviti GISBH seluruh dunia melalui media.

Seterusnya tetamu dibawa melawat beberapa premis perniagaan Ikhwan antaranya Ikhwan Bakery, Galeri Ikhwan dan Kompleks Perubatan dan Pergigian Ikhwan seterusnya menikmati jamuan makan tengahari di Kafe Ikhwan.

Di sebelah petang para belia ini berpeluang menunggang kuda sebagai riadhah dan penghayatan sukan sunnah Rasulullah SAW bersama pasukan Ikhwan Equestrian di paddock kuda PPIBCH.

Pengisian minda dan rohani di malam hari di isi dengan kuliah dan dialog bersama ALP GISBH, YBhg Tuan Nik Hazani di Surau Ikhwan.

Moga para remaja dan belia dari Filipina ini mendapat sesuatu yang boleh dijadikan panduan dan pedoman untuk mereka laksanakan apabila pulang ke negara mereka agar Islam dapat dilaksanakan dalam setiap aspek kehidupan dan bukan sebagai teori untuk dipidatokan semata-mata.

Views: 485

Reviews for 10 remaja Filipina berkursus di PPIBCH Rawang

There are currently no reviews for 10 remaja Filipina berkursus di PPIBCH Rawang
Scroll to top