11 lokasi Rumah Terbuka Aidil Fitri GISBH

Views: 371

RAWANG, 16.04.2024
Seperti tahun-tahun sebelum ini, GISBH meneruskan tradisi mengadakan Rumah Terbuka Aidil Fitri kepada seluruh kenalan dan para pelanggannya demi mengukuhkan ikatan ukhuwah dan kasih sayang sempena kedatangan Syawal yang mulia.

Tahun ini, Pengerusi Eksekutif merangkap CEO GISBH, YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali telah menyusun agar Rumah Terbuka GISBH di adakan di 11 lokasi di seluruh negara untuk memudahkan para pengunjung hadir memeriahkannya.

Rumah Terbuka GISBH 2024 akan di adakan di Kelantan pada hari Jumaat 19/4, Johor Sabtu 20/4, Pahang Ahad 21/4, Sabah Ahad 21/4, Terengganu Jumaat 26/4, Melaka/N9 Sabtu 27/4, Perak Ahad 28/4, Sarawak Ahad 28/4, Utara Jumaat 03/5, Pattani Sabtu 04/5 dan di Lembah Kelang Ahad 05/5.

Lokasi yang tepat akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui media sosial.

Selain dari jamuan Hari Raya dan persembahan pentas, akan diadakan juga pameran mengenai perkembangan terkini syarikat GISBH di seluruh dunia juga produk-produk terkini keluaran GISBH khususnya Jus Ikhwan yang diimpot dari Arab Saudi dan Mi Segera Ikhwan yang diimpot dari Turkiye.

Pengunjung juga berpeluang mendapat penerangan mengenai program Islamic International Trade and Tours Festival anjuran GISBH yang akan diadakan di MITC Melaka pada Ogos nanti di ruang pameran di hari Rumah Terbuka tersebut.

Moga Rumah Terbuka yang bermula jam 10 pagi hingga 6 petang itu nanti akan dapat menhimpunkan seramai mungkin kenalan, rakan kongsi dan pelanggan GISBH untuk saling bertemu muka, bermaaf-maafan, berbincang dan bertukar fikiran agar dapat terus bekerjasama di masa akan datang.

Seluruh pembaca Ikhwanews dijemput mengadiri Rumah Terbuka Aidil Fitri GISBH di mana-mana lokasi yang tersebut untuk kita lebih saling mengenali.

Views: 371

Reviews for 11 lokasi Rumah Terbuka Aidil Fitri GISBH

There are currently no reviews for 11 lokasi Rumah Terbuka Aidil Fitri GISBH
Scroll to top