20 peserta internship MSU di GISBH melawat IPPH, UPM

Views: 673

SERDANG, 27 Jun 2024
Seramai 20 peserta internship di Syarikat Global Ikhwan Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) dari Mindanao State University (MSU) telah mengadakan lawatan ke Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini.

Program internship, atau latihan industri ialah program di mana siswa atau graduan berpeluang bekerja dengan syarikat atau organisasi untuk jangka masa tertentu.

Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan pengalaman kerja praktikal dalam bidang yang berkaitan dengan pengajian atau minat mereka.

Program internship MSU dan GISBH tercetus hasil dari Memorandum Perjanjian (MoA) yang diadakan setelah lawatan YBhg. Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH, ke Filipina dalam siri lawatan Silaturrahim: Ziarah, Dakwah dan Tijarah pada awal tahun ini..

Walaubagaimanapun syarikat GISBH telah memulakan penerokaan lebih awal ke negara itu dan membuka kafe.

Untuk program ini, MSU telah menghantar 20 orang di kalangan siswa-siswi dan staf mereka ke GISB Holdings Malaysia, tiga daripada mereka beragama Kristian.

Setelah seminggu bersama GISBH dengan pelbagai program termasuk lawatan di pusat-pusat perniagaan GISBH, mereka dibawa melawat ke IPPH UPM pula.

Lawatan tersebut diiringi oleh 10 staf GISBH menaiki tiga buah kenderaan dan disambut oleh Dr. Hasnida Zawawi dari Bahagian Halal Services IPPH.

Dr. Hasnida berkongsi pencapaian yang diperoleh IPPH UPM di dalam dan luar negara serta kaitan rapat mereka dengan pihak Halal Jakim.

Dalam sesi lawatan ke makmal, para peserta internship didedahkan kepada kaedah IPPH dalam mengkaji sesuatu produk untuk memastikan ia tidak mengandungi bahan haram.

Di pertemuan ini, Dr. Hasnida dimaklumkan yang peserta internship ini telah seminggu bersama dengan GISBH malah GISBH sendiri telah mengadakan pelbagai MoU di Filipina.

Di Filipina, khasnya di Marawi City, GISBH membantu masyarakat Islam mendapatkan  makanan yang benar-benar halal dengan membuka restoran, membangunkan kilang mi kuning, menternak ayam daging dan puyuh juga mengusahakan pertanian sayur-sayuran dan menanam padi.

Sebelum beredar, para peserta internship MSU dan rombongan berkesempatan melawat kawasan sekitar kampus UPM dan bergambar kenangan.

Semoga segala ilmu, pengalaman, dan pendedahan yang diterima oleh para peserta sepanjang program internship ini dapat dimanfaatkan untuk kemajuan dan kebaikan semua apabila mereka pulang nanti

Views: 673

Reviews for 20 peserta internship MSU di GISBH melawat IPPH, UPM

There are currently no reviews for 20 peserta internship MSU di GISBH melawat IPPH, UPM
Scroll to top