26 orang staf GISBH lulus ujian lisan Mate Domestik

Views: 19

KELANG, 08.12.2022
Seramai 26 orang staf GISBH telah menyertai ujian lisan Mate Domestik yang diadakan pada 6 dan 7 Disember 2022 di Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) di Persiaran Nakhoda KS11, 42920 Pelabuhan Klang, di sini.

Seramai 16 orang pelaut GISBH menjalani peperiksaan pada hari pertama dan 10 orang lagi pada hari berikutnya dengan dua orang pegawai pemeriksa.

Ujian ini perlu dilalui untuk menilai para pelaut samada layak atau tidak mendapat lesen mengemudi kapal Mate Domestik bawah 500GT.

Kesemua 26 pelaut GISBH telah lulus ujian ini dan layak mendapat lesen untuk mengendali kapal besar seperti kapal kargo, kapal pelancongan juga feri.

Pemegang lesen ini layak mengemudi kapal untuk belayar di seluruh perairan Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Untuk melahirkan rasa bersyukur kepada Allah SWT, YBhg Tuan Mohd Adib At-Tamimi telah mengajurkan kenduri kesyukuran di Laman Ikhwan BCH malam semalam.

Moga GISBH dapat berkhidmat di seluruh perairan Malaysia suatu masa nanti bila keadaan memerlukan.

Views: 19

Reviews for 26 orang staf GISBH lulus ujian lisan Mate Domestik

There are currently no reviews for 26 orang staf GISBH lulus ujian lisan Mate Domestik
Scroll to top