RAWANG, 01.10.2023
Mengambil keberkatan bulan Maulidurrasul tahun ini, GISBH meneruskan tradisi meraikan 35 pasang pengantin baharu sempena hari terakhir Karnival Maulidurrasul 1445H di sini hari ini.
Perarakan 10 pasangan pengantin poligami dan 25 pasangan pengantin monogami sebagai raja sehari diiringi dengan paluan kompang di atas karpet merah menuju ke hadapan pentas utama bermula seawal jam 10 pagi lagi di hari ketiga karnival kali ini.
Tujuan GISBH menganjurkan perkahwinan beramai ramai ini selain daripada menjalankan tanggung jawab kebajikan para staf-stafnya, ia adalah kerana ingin melaksanakan sunnah Rasulullah kerana baginda pernah bersabda yang maksudnya:
“Bernikah kahwin itu sunnahku, barangsiapa yang tidak suka dengan sunnahku, dia bukan dari dari golonganku.”
Ia juga bertujuan untuk memperjuangkan sunnah poligami indah bersama Tuhan yang telah dihina orang kerana perlaksanaan yang tepat gagal dipamerkan di tengah masyarakat.
Di hadapan pentas, selain daripada dihidangkan dengan persembahan nasyid, para pasangan di raikan dengan persembahan pencak silat oleh Ikhwan Matrial Art sebagai menjunjung budaya bangsa Melayu yang tangkas dan berani tetapi indah keseniannya.
Setiap pasangan diperkenalkan kepada para hadirin sambil memotong pulut kuning di hadapan Ketua Pegawai Penyelaras GISBH, Tuan Muhammad Adib At-Tamimi dan Pengarah Zon, Tuan Muhammad Afdhaluddin Latif serta semua hadirin.
Sedikit kelainan kepada raja sehari yang diraikan bilamana mereka diminta menyantuni ahli keluarga ketika menikmati hidangan di meja makan yang menambah kemesraan dan menguatkan ikatan kekeluargaan yang baru dibina.
Moga Allah kabulkan niat dan hasrat Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Hj. Nasiruddin Mohd Ali yang inginkan para staf komited dengan tanggung jawab membina keluarga yang takut Allah dan rindu Nabi kerana ia asas kekuatan syarikat dengan berkat bulan Maulidurrasul ini.