8 staf GISBH lulus PPT dan peroleh persijilan SKM bidang kulinari

Views: 62

KUALA LUMPUR, 10.06.2023
Seramai 8 staf GISBH telah menjalani Peperiksaan Penilaian Amali (PPT), bidang kulinari, di Restoran Ikhwan Delights Sungai Penchala anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) di sini baru-baru ini dan ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua.

Mereka adalah Tuan Mohd Fakhruddin Tuan Nordin (88%), Ahmad Bukhari Zahari (75%), Anis Azizah Mohd Zain (78%) Hidayah Najihah Zulhairi, Nurul Atiqah Razali (72%), Sya’wana Abdul Halim (74%), Khairul Fathiyah Salleh (81%) dan Khalilah Mubarakah Hamzah (76%).

Peperiksaan anjuran JPK ini dikendalikan Pegawai Pengesah Luaran (PPL) Puan Siti Hawa Azlina Abu Seman untuk program ‘Penyediaan dan Pembuatan Makanan’ (HT-012-2:2012) melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT), yang mana kesemua calon memang telah lama terlibat dan mahir dalam bidang ini.

Penilaian terhadap peserta dibuat secara amali (memasak praktikal) 80%, soalan-soalan teori 20% dan kesemua peserta GISBH yang terlibat mendapat keputusan yang baik.

Calon yang turut serta dalam peperiksaan kali ini adalah merupakan kumpulan kedua selepas kumpulan pertama mendudukinya pada 21 September 2022.

Mereka mendapat bimbingan daripada 2 orang jurulatih GISBH yang telah terlebih dahulu mendapat tauliah JPK iaitu Puan Azni Jalilah Mohd Ani dan Puan Sabariah Sinuh (Penyelaras PPA-PPT) serta Dr Nor’aini Abdul Rahman.

Menurut Puan Hawa, Tuan Fakhruddin merupakan peserta yang lulus paling cemerlang, kerana pendedahan yang banyak diperolehinya ketika bertugas memasak di restoran-restoran GISBH di luar negara dan beliau patut dicontohi.

Manakala respon dari calon peperiksaan pula iaitu Cik Khalilah mengatakan beliau bersyukur menduduki peperiksaan ini, kerana walaupun telah banyak pendedahan dan bimbingan secara praktikal diperolehi selama bertugas di restoran-restoran GISBH, tetapi menerusi peperiksaan ini beliau didedahkan dengan istilah-istilah dan teori dalam dunia kulinari yang merupakan pelengkap pada pengetahuannya yang sedia ada dan mendapat pengiktirafan kerajaan.

Semoga restoran-restoran GISBH terus dapat menghidangkan para pelanggan dengan makanan yang halal, suci dan lazat selaras dengan motonya, ‘Berjiwa dan membahagiakan’ hasil air tangan tukang masak-tukang masak yang mahir.

Views: 62

Reviews for 8 staf GISBH lulus PPT dan peroleh persijilan SKM bidang kulinari

There are currently no reviews for 8 staf GISBH lulus PPT dan peroleh persijilan SKM bidang kulinari
Scroll to top