99 usahawan GISBH sertai Halal On Track anjuran JAKIM dan JAIJ

Views: 362

JOHOR BAHRU, 04.06.2024

Seramai 99 usahawan di bawah naungan GISB Holdings Sdn. Bhd. menyertai 3000 peserta di dalam program Halal on Track@Johor (HOT) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, hari ini.

Program anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dengan kerjasama beberapa agensi lain telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Turut hadir, Menteri Besar Johor YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, ketua-ketua jabatan, mantan mufti, pegawai tadbir agama dan mereka berkaitan pembangunan usahawan samada industri, agensi, institusi dan kementerian.

Tujuan diadakan HOT ini adalah untuk memperkasa pensijilan halal Malaysia menerusi pelbagai kaedah dan pendekatan yang lebih mesra industri.

Di HOT, para usahawan mendapat pendedahan yang detail tetapi mudah difahami berkenaan pensijilan halal Malaysia yang akan meluaskan pemahaman mereka terhadap proses pensijilan, meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan persediaan awal sebelum membuat permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Ini adalah antara usaha untuk mempercepatkan proses pengurusan pensijilan halal Malaysia selain membantu para usahawan.

Moga semua produk Ikhwan Brand dan perniagaan yang bernaung di bawah GISB Holdings (yang memerlukan sijil halal) tetapi masih belum memperolehinya melengkapkan prosedur yang ditetapkan agar segera memiliki sijil halal tersebut.

Di program HOT ini, Pengarah Zon GISBH Johor, Tn. Nik Fateh Nik Abd Kadir sempat menyampaikan cenderahati berupa hamper barangan keluaran Ikhwan Brand kepada YAB TPM.

Setelah bersalaman dengan YAB TPM, Tn. Hj. Mokhtar Tajuddin, Timbalan Pengarah Pentadbiran GISBH mengambil peluang bertegur sapa dengan Menteri Agama, YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji. Mohd Na’im Mokhtar. TKP JAKIM, Dato’ Dr Sirajuddin dan Tuan Mohamad Zamri, Pengarah Pengurusan Halal JAKIM.

Tn. Hj. Mokhtar juga sempat menyerahkan phamplet International Islamic Trade and Tourism Expo (IITTE) kepada YAB MB Johor.

Terdahulu, 2 peserta GISBH bernasib baik menerima hadiah cabutan bertuah HOT berupa sebuah komputer riba jenama Hewlett-Packard dan telefon bimbit Oppo.

Moga semua produk dan perkhidmatan GISBH (yang berkenaan) segera mendapatkan sijil halal yang penting untuk memberi keyakinan kepada semua pengguna.

Views: 362

Reviews for 99 usahawan GISBH sertai Halal On Track anjuran JAKIM dan JAIJ

There are currently no reviews for 99 usahawan GISBH sertai Halal On Track anjuran JAKIM dan JAIJ
Scroll to top