ADUN Seberang Takir kunjungi Restoran Nur Malaysia, Sarajevo

Views: 8

SARAJEVO, 08.09.2022
Kafe Nur Malaysia(RNM) milik syarikat GISBH cawangan Sarajevo telah menerima kedatangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir YB Dato’ Seri Hj Ahmad Razif Abd Rahman bersama 37 ahli rombongan di sini baru-baru ini.

Rombongan anjuran SRIKANDI iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai isteri-isteri wakil rakyat dan bekas wakil rakyat UMNO, telah tiba di RNM pada jam 12.30 tengahari dari Mostar satu tapak bersejarah di Bosnia yang menjadi kawasan pelancongan terkenal.

YB Dato’ Seri dan rombongan dihidangkan dengan juadah makan tengahari, nasi putih, kari kepala ikan, ulam timun dan sambal belacan, kuih bakar, karipap, buah tembikai juga minuman teh tarik, Mojito dan air mineral.

Mantan Menteri Besar Terengganu itu juga turut memperkenalkan GISBH kepada ahli rombongan yang mana beliau sendiri sudah terlebih dahulu mengenalinya melalui Ybhg Tuan Hasnan Abdul Hamid, Ketua Pegawai Operasi syarikat, malah beliau sendiri yang mencadangkan menu kari kepala ikan untuk dihidangkan kepada para tetamu, memandangkan rombongan telah bermusafir selama lapan hari bermula di Greece dan merindui masakan Melayu.

Majlis bertambah meriah dengan dendangan nasyid oleh Remaja Pembela Ummah (RPU) Sarajevo.

Para tetamu teruja kerana dapat menikmati makanan Malaysia di Sarajevo, ibu negara Bosnia dan Herzegovina.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar YB Dato’ Seri bersama rombongan dan staf RNM Sarajevo.

Dengan cawangan di pelbagai negara, kesemua restoran milik GISBH dapat berkhidmat dan menghiburkan para pelanggan dengan hidangan masakan Malaysia serta dapat melahirkan kasih sayang di kalangan semua khususnya rakyat Malaysia yang berada di luar negara.

Views: 8

Reviews for ADUN Seberang Takir kunjungi Restoran Nur Malaysia, Sarajevo

There are currently no reviews for ADUN Seberang Takir kunjungi Restoran Nur Malaysia, Sarajevo
Scroll to top