Aidil Fitri disambut meriah di Rumah terbuka GISBH Cawangan Sabah

Views: 2

KOTA KINABALU, 27.05.2022
Tiada yang lebih menggembirakan staf GISBH daripada menjamu para tetamu dengan produk hasil usaha mereka sendiri di Majlis Rumah Terbuka Syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) anjuran GISBH cawangan Sabah di perkarangan Restoran Al Ikhwan, Sembulan, di sini semalam.

Antara juadah yang dihidangkan ialah sate Ikhwan yang dibuat daripada ayam yang diternak dan diproses sendiri oleh GISBH cawangan Lahad Datu.

Pengunjung juga berpeluang menikmati biskut raya jenama Ikhwan yang menggunakan ‘pure butter’ dan telah bertahan malah semakin mendapat sambutan sejak berada di pasaran lebih dua dekad yang lalu sekitar Sabah, Labuan dan Brunei seperti kuih tart nanas, semperit dan kuih bangkit.
 
Terdapat beraneka menu lain seperti
nasi minyak, nasi putih, rendang daging, rendang organ dalaman, gulai kawah, sup soto, lemang, kelupis, nasi himpit, daging bakar, buah tembikai, nanas, air jagung dan koktail yang dihidangkan secara bufet untuk memudahkan tetamu membuat pilihan.

Sambil menikmati hidangan, tetamu dihiburkan dengan persembahan nasyid daripada pelajar menengah Madrasah Waqaf Islamiah dari Keningau.

Majlis rumah terbuka seumpama ini memberi peluang kepada masyarakat berbilang kaum di Kota Kinabalu dan sekitarnya 
berkumpul dan mengeratkan silaturahim dengan penuh rasa kekeluargaan setelah dua tahun ‘terkurung’ akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Para tetamu disantuni sendiri oleh Ahli Lembaga Penasihat GISBH, YBhg Tuan Hasnan Abdul Hamid dan isterinya, Puan Khaulah AtTamimi juga para pimpinan GISBH.

Moga Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran GISBH ini menjadi sebab seluruh masyarakat saling bertanya khabar, berkenal-kenalan, bermaaf-maafan, berkasih sayang dan bantu-membantu agar menjadi masyarakat yang aman makmur dan harmoni.

Program ini turut mendapat liputan media Sabah. Untuk laporan lanjut sila layari www.sabahtaim.com.

Views: 2

Reviews for Aidil Fitri disambut meriah di Rumah terbuka GISBH Cawangan Sabah

There are currently no reviews for Aidil Fitri disambut meriah di Rumah terbuka GISBH Cawangan Sabah
Scroll to top