Akademi Generasi Harapan
Johan Nasyid Gema Insan 2022

Views: 12

SHAH ALAM, 17.10.2022
Kumpulan Akademi Generasi Harapan yang bernaung di bawah GH Academy Sdn Bhd salah satu anak syarikat GISB Holdings Sdn. Bhd. telah diumumkan sebagai johan keseluruhan bagi acara pertandingan Nasyid Gema Insan 2022 sempena Program Selangor Gema Insan tahun 2022 anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan pada 14 & 15 Oktober 2022 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor.

Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Bin Shari.

Hadiah disampaikan pada malam kemuncak iaitu malam penutupan majlis tersebut yang turut dimeriahkan dengan bacaan doa, zikir dan selawat serta persembahan kumpulan Hijjaz, Rabbani dan Raihan juga ‘gimik’ penutupan dengan pertunjukan bunga api.

Kumpulan Akademi Generasi Harapan adalah kumpulan budaya syarikat GISBH yang bertujuan memupuk nilai-nilai murni dalam mengamalkan Islam sebagai cara hidup di bidang hiburan melalui persembahan nasyid, pantomim, deklamasi sajak, teater muzikal, persembahan silat dan lain-lain agar masyarakat mempunyai alternatif dalam mendapatkan hiburan yang patuh syariat.

Moga segala usaha GISBH ini dapat membantu masyarakat Islam dalam membangunkan generasi remaja agar menjadi aset agama, bangsa dan negara.

Views: 12

Reviews for Akademi Generasi Harapan
Johan Nasyid Gema Insan 2022

There are currently no reviews for Akademi Generasi Harapan
Johan Nasyid Gema Insan 2022
Scroll to top