Aktiviti ternakan Ayam Sihat Ikhwan mengelakkan remaja terjebak gejala sosial, Kolonel Rong Kob

Views: 142

PATTANI, 27.07.2023
Setelah persiapan dibuat sepanjang dua bulan yang lepas, pada 21 Julai yang lalu sebanyak 2000 ekor DOC Ayam (Day Old Chicken) dengan purata berat 48 gram seekor telah sampai ke reban ayam Kolej Teknologi Pertanian dan Perikanan Pattani (KTPPP) sebagai kumpulan pertama ayam yang akan diternak dengan Enzim Fateh tanpa vaksin dan antibiotik di sini.

Ini adalah kerjasama pertama secara rasmi antara GISBH dengan KTPPP melalui MoU yang dimeterai antara kedua belah pihak.

Ayam-ayam yang membesar dengan sihat dan cergas ini bukan sahaja menjadi tumpuan pelawat-pelawat yang hadir malah sangat diambil perhatian oleh tenaga pengajar di kolej tersebut.

Di hari ketiga kemasukan DOC, seorang guru perempuan yang telah lama mengajar tentang ternakan ayam di kolej tersebut meluahkan rasa teruja melihat perkembangan anak ayam di mana beliau dapati ada anak ayam yang sayapnya sudah tumbuh sempurna sedangkan pengalamannya selama ini, bulu sayap mulai tumbuh ketika anak ayam berumur 4-7 hari.

Antara tetamu yang hadir melawat projek ternakan ayam ini ialah Timbalan Ketua Unit Khas Rejimen Keselamatan Tentera Region 4, Kolonel Rong Kob yang datang bersama dua orang kenalan GISBH diiringi oleh Pengarah KTPPP itu sendiri.

Kedatangan mereka bertujuan untuk melihat dari dekat aktiviti pelajar yang terlibat dengan ternakan ayam bersama GISBH di mana Kolonel Rong Kob
berdialog secara langsung dengan pelajar mengenai program ini.

Beliau merasa gembira dan memberi sepenuh sokongan kepada para pelajar tersebut dengan berpesan untuk bersungguh-sungguh mengambil sebanyak-banyak ilmu penternakan Ayam Sihat Ikhwan (ASI) daripada GISBH kerana pasukan GISBH akan pergi ke tempat lain selepas ini dan tidak hanya berada di KTPPP sahaja di mana para pelajarlah yang akan meneruskan projek ini di masa akan datang.

Beliau juga mecadangkan agar selepas ini, pelajar-pelajar perempuan yang telah berkursus berkongsi dengan masyarakat sekitar akan ilmu ternakan ASI GISBH sementara pelajar lelaki pula berusaha memasarkan hasil produk ternakan ayam ini.

Beliau yang sangat teruja dengan perkembangan mutakhir ini juga memberi dorongan kepada pihak GISBH untuk meneruskan kerjasama ini kerana dilihatnya sangat baik.

“Bagus! Bagus! Bagus! Terus kongsikan apa saja yang daripada GISBH! Tolong bantu ya! Sebab cara-cara didikan yang GISBH terapkan ini dapat mengelakkan remaja-remaja ini dari terlibat dengan gejala sosial seperti penyalahgunaan najis dadah,” ujar beliau.

Moga usaha yang dimulakan dan menjadi hasrat dan cita-cita Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali ini memberi kesan baik kepada seluruh lapisan masyarakat di Pattani dan menjadi sebab masyarakat hidup penuh harmoni dan kasih sayang walaupun berbeza agama dan bangsa.

Views: 142

Reviews for Aktiviti ternakan Ayam Sihat Ikhwan mengelakkan remaja terjebak gejala sosial, Kolonel Rong Kob

There are currently no reviews for Aktiviti ternakan Ayam Sihat Ikhwan mengelakkan remaja terjebak gejala sosial, Kolonel Rong Kob
Scroll to top