YALA, 17.05.2024
Ahli Lembaga Penasihat (ALP) GISB Holdings Sdn. Bhd., YBhg Tn. Hj. Ahmad Anuar Abd Rahman telah mengadakan kunjungan ke atas Presiden Persatuan Pemimpin Islam Selatan Thai, Tn. Hj. Hasbullah Hile di pejabatnya di 239/5 Sukhayang Rd, Sateng di sini hari ini.
Tn. Anuar diiringi oleh Pengarah GISBH Thailand, Tn. Mohd Aminuddin Sani, Pegawai Tadbir Syarikat, En Maaruf Kasim dan 4 orang yang lain.
Tn. Hj. Hasbullah mengalu-alukan ketibaan rombongan bersama 5 orang AJK persatuannya sebagai kunjungan balas kehadiran mereka ke Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri anjuran GISBH 4 Mei yang lalu di cawangan Restoran GISBH di Pattani, Ikhwan Delights Pattani.
Tn. Presiden menceritakan serba ringkas pengenalan mengenai persatuan mereka yang berada di 10 wilayah di selatan Thai dan pemimpin-pemimpin dalam persatuan ini berkhidmat secara sukarela tanpa gaji dan mereka bertugas di luar sebagai imam, khatib, bilal, guru, tentera, polis, ahli perniagaan, ahli pentadbiran keamanan, perundangan dan lain-lain.
Tn. Hj. Anuar pula menyampaikan salam daripada Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali yang sekarang berada di Kazan, Rusia kerana menghadiri Ekspo Halal Dunia setelah berada di banyak negara sepanjang Ramadhan dan Syawal.
Setelah menerangkan serba ringkas berkenaan syarikat GISBH dan misi Tn. Pengerusi Eksekutif dengan moto: Silaturrahim; Ziarah, Dakwah dan Tijarah, Tn. Anuar meminta izin ditayangkan Video Profail GISBH.
Sesi diteruskan dengan ucapan daripada AJK Persatuan dan dialog berkenaan GISBH khususnya projek Houseboat Ikhwan di Tasik Bang Lang tidak jauh dari tempat mereka.
Kepada mereka juga ditayangkan video projek Ayam Sihat Ikhwan yang menjadi cita-cita Tn. Pengerusi Eksekutif untuk dibuka diseluruh Thailand untuk selamatkan umat ini dari makanan yang haram dan syubhat.
Program terasa penuh mesra kerana diselangi dengan solat jemaah bersama-sama dan diakhiri dengan jamuan makan malam.
Antara ulasan Tn. Presiden;
“Islam bukan sekadar sembahyang, puasa, zikir dan lain-lain tetapi ia adalah satu sistem yang sempurna merangkumi semua bidang hidup, ia dapat dilihat di dalam GISBH.”
Moga hubungan baik dan kerjasama dapat diteruskan dengan mana-mana pihak agar cara hidup Islam dapat diamalkan di mana-mana.