PETALING JAYA, 09.05.2024
Ahli Lembaga Penasihat (ALP) GISBH, YBhg. Tn. Hj. Mohd Fadhil Yasin bersama beberapa pimpinan GISBH telah hadir memenuhi jemputan ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri PRESMA di Dewan Bandaran Petaling Jaya di sini hari ini.
PRESMA atau Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia ialah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan untuk mewakili pengusaha pengusaha industri pemakanan Muslim di Malaysia.
PRESMA bertujuan untuk menjaga kebajikan pengusaha, menjalinkan satu hubungan mesra dengan badan badan kerajaan dan persatuan persatuan lain yang berkenaan.
Ketibaan Tn. Fadhil dan rombongan disambut oleh Presiden PRESMA sendiri, Datuk Jawahar Ali Taib Khan atau lebih dikenali sebagai Datuk Ali Maju, pemilik rangkaian Restoran Ali Maju dan dipersilakan ke meja VIP bersama pengunjung-pengunjung yang telah sedia ada.
Di majlis ini, para pimpinan GISBH berpeluang bertemu beberapa orang kenalan di antaranya, YBrs. Tuan Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya, Kol. Bersekutu (PA) Datuk Abdul Malik Abdullah, Pengasas dan Pengarah Urusan Syarikat D’Tandoor Group of Companies, Syed Ibrahim Kader, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), En Hishamuddin dari Sinar Harian juga beberapa kenalan baru Muslim dan bukan Islam.
Selain dari berkenalan, bermaaf maafan dan beramah mesra, kesempatan yang ada digunakan untuk menjemput mereka menghadiri International Islamic Trade & Tourism anjuran GISBH yang akan diadakan di Melaka bulan Ogos akan datang.
Moga usaha yang dimulakan oleh Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali dengan moto, Silaturrahim; Ziarah, Dakwah dan Tijarah akan terus berjalan untuk menguatkan hubungan sesama umat Islam dalam membela Allah dan Rasul demi menguatkan agama ini.