Anggota Lembaga Koperasi KOGIMB sertai Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi

Views: 9

PETALING JAYA, 25.10.2022
Seramai 9 Anggota Lembaga Koperasi (ALK) Koperasi Global Ikhwan Malaysia Berhad (KOGIMB) menyertai Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi yang berlangsung di Institut Koperasi Malaysia di sini selama 2 hari bermula hari ini, 25 hingga 26 Oktober ini.

Kursus ini diwajibkan ke atas mereka yang dilantik sebagai Anggota Lembaga Koperasi yang antara lain menyentuh mengenai pengurusan dan pentadbiran sesebuah koperasi.

Antara tajuk-tajuk yang akan dikupas oleh para fasilator kursus ialah; Latar Belakang dan Kefahaman Koperasi, Perundangan Koperasi di Malaysia dan Aplikasi, Peranan dan Tanggungjawab ALK, Pengurusan Mesyuarat Koperasi dan Tadbir Urus Koperasi.

Moga segala ilmu dan panduan yang diperolehi dalam kursus ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya di dalam pentadbiran KOGIMB.

Views: 9

Reviews for Anggota Lembaga Koperasi KOGIMB sertai Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi

There are currently no reviews for Anggota Lembaga Koperasi KOGIMB sertai Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi
Scroll to top