Bao Bao mudahkan operasi GISBH di Marawi City

Views: 106

KAIMPUNAN, 27.02.2024
GISBH cawangan Filipina yang kini berpusat di Marawi City telah membeli sebuah kereta beroda tiga yang terkenal dengan nama Bao Bao untuk membantu operasi semasa syarikat khususnya pergerakan staf di sini baru-baru ini.

Perasmiannya telah diadakan pada 15 Februari oleh Ahli Lembaga Penasihat (ALP) GISBH YBhg Tn. Hj. Nik Hazani Nik Mohamed yang juga merupakan kepimpinan tertinggi GISBH Filipina.

Majlis perasmian berlangsung di kediaman Baba Tago atau Mr. Jaleel, Penyelia Pilihanraya Wilayah IV Lanao Del Sur yang merupakan kenalan rapat GISBH di Marawi City.

Melalui beliau urusan pembelian Bao Bao yang biasanya mengambil masa tiga hari, dapat diselesaikan dalam tempoh sehari saja.

Bao Bao dibeli dengan harga P201 ribu di Bandar IIigan ini merupakan kenderaan beroda tiga plug-in hybrid paling banyak digunakan penduduk tempatan kerana ciri-ciri Fuel Injection System yang menarik tetapi menggunakan kos bahan api yang minimum ditambah dengan kadar harga yang berpatutan serta sesuai untuk pelbagai cuaca dan keadaan.

Semoga dengan adanya kenderaan Bao Bao ini dapat membantu merancakkan lagi aktiviti menjalinkan silaturrahim; ziarah, dakwah dan tijarah GISBH di sini.

Views: 106

Reviews for Bao Bao mudahkan operasi GISBH di Marawi City

There are currently no reviews for Bao Bao mudahkan operasi GISBH di Marawi City
Scroll to top