Bekas Kadi Temerloh kunjungi WBDIH

Views: 916

MEKAH, 13.02.2024
Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah, pusat sehenti sukan sunnah dan chalet GISBH di Mekah terus mendapat kunjungan ramai, kali ini dengan kedatangan bekas kadi daerah Temerloh, Pahang, Tn. Sheikh Hj. Abdul Rahim Sheikh Ahmad hari ini.

Beliau yang juga bekas pimpinan Al-Arqam datang bersama rombongan termasuk anakandanya Syeikh Ahmad Fakhruddin Syeikh Abd Rahim, pengarah syarikat pelancongan Naurah Tours & Services Sdn. Bhd.

Syeikh Abd. Rahim gembira dapat bertemu dengan Tn. Hj. Nasiruddin kerana sudah lama tidak bertemu dan bertambah gembira dengan pembangunan yang telah dibuat di WBDIH.

Syeikh Ahmad Fakhruddin Syeikh Abd Rahim juga melahirkan rasa gembira dengan kewujudan WIBDH yang memberi kemudahan kepada pengusaha syarikat pelancongan mendapatkan pelbagai aktiviti untuk pelanggan mereka di sini.

Moga Allah kuatkan hubungan ukhuwah dan kasih sayang sesama umat Islam untuk kebaikan bersama.

Views: 916

Reviews for Bekas Kadi Temerloh kunjungi WBDIH

There are currently no reviews for Bekas Kadi Temerloh kunjungi WBDIH
Scroll to top