Biro Pemuda Masjid Cahaya Iman anjur program Remaja First Class

Views: 85

RAWANG, 17.02.2024
Sempena cuti persekolahan 2023/2024 ini, Biro Pemuda Masjid Cahaya Iman (MCI) telah mengadakan program Remaja First Class dengan kerjasama Yayasan WIBA PRIMA di MCI Bandar Country Homes, di sini baru-baru ini.

Yayasan WIBA PRIMA, sebuah NGO yang diasaskan oleh iaitu Almarhum Dato’ Ibrahim Abdullah dan isterinya, Almarhumah Datin Fatimah Abu Bakar, yang menganjurkan program Pembangunan Remaja Islam Malaysia (PRIMA) ini, memfokuskan kepada kanak-kanak dari umur 5 tahun sehingga remaja berusia 23 tahun.

Program dua hari 13-14 Februari itu telah dihadiri oleh 55 orang peserta terdiri dari 28 pelajar lelaki dan 27 orang pelajar perempuan dengan dibantu oleh beberapa orang fasilitator Biro Pemuda MCI yang juga merupakan Remaja Pembela Ummah (RPUL dari syarikat GISBH).

Sebagai pengisian program, Yayasan WIBA PRIMA telah melaksanakan dua modul; modul pertama memberi fokus kepada keutamaan solat dan kaitannya dengan akhlak, manakala modul kedua merupakan kupasan pada surah dalam Al-Quran diikuti dengan program hafazan sebanyak tiga sesi.

Program ditutup dengan tazkirah ringkas dan persembahan nasyid oleh wakil Biro Pemuda MCI, Tuan Fida’uddin At-Tamimi, diikuti acara penyampaian sijil penyertaan program dan cenderahati yang disempurnakan oleh Setiausaha Masjid Cahaya Iman, YBhg. Tn. Hj. Abu Bakar Othman.

Lanjutan dari itu, Tn. Reza Mahar selaku AJK Biro Pemuda MCI juga menyediakan voucher menjemput semua peserta program dan ibu bapa mereka hadir di Pusat Perniagaan Ikhwan BCH bagi mengikuti aktiviti Sukan Sunnah pada hari Ahad 18.02.2024 dari jam 9pg – 11pg.

Semoga program yang dibuat menjadi titik tolak kepada setiap peserta untuk menjadi remaja Islam yang cemerlang akhlaknya hasil dari penghayatan ibadah terutama solat fardhu.

Views: 85

Reviews for Biro Pemuda Masjid Cahaya Iman anjur program Remaja First Class

There are currently no reviews for Biro Pemuda Masjid Cahaya Iman anjur program Remaja First Class
Scroll to top