Booth GISBH di Ekspo Halal Dunia HAPEX jadi tumpuan

Views: 128

HATYAI, 13.07.2023
Booth GISBH di Ekspo Halal Dunia HAPEX di sini yang bermula hari ini hingga 16 Julai dengan tema; ‘Halal Untuk Kesihatan’ telah menjadi tumpuan dan medan pertemuan berbagai golongan dari pelbagai bangsa dan negara.

Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali diiringi oleh para Ahli Lembaga Penasihat (ALP) melayani pengunjung yang berpusu-pusu datang ke booth GISBH yang terletak di kiri pintu masuk dewan pameran ekspo yang menyediakan 200 buah booth ini.

Ekspo HAPEX atau Halal Product Exhibition anjuran Institut Halal
Prince of Songkhla University (PSU)
yang menyasarkan sebanyak 20 ribu orang pengunjung sehari ini telah memasuki tahun ke 13 diadakan.

Antara negara-negara yang terlibat ialah Thailand, Malaysia, Brunei, Indonesia, Saudi Arabia dan Kuwait.

Antara pengunjung yang singgah ke booth GISBH ialah En Azuki Tahir CEO & Founder Herbagus Sdn. Bhd., En. Johary Rejab, Pengarah Pembangunan Perniagaan, Syarikat Jardin Pharma Bhd., Mr. Khalifah Abdullah Al Rumaihi, Perunding Protokol dan Majlis juga Mantan Pengarah Protokol di Pejabat Perdana Menteri Bahrin, Mr. Thanis Na Songkhla, Mantan Duta Besar Thailand ke Bahrin, Mr Suchat, Pegawai Kementerian Pelancongan Thailand di Pattani, Fakhrul Anwar Ismail, ADUN Bintong, Exco Negeri Perlis dan pasukannnya.

Pasukan pembentang di Majlis Perasmian Pembukaan Ekspo turut datang ke booth GISBH antaranya Prof Madya Asman Tae Ali, Pensyarah di Institut Halal Universiti Songkla, Nakarin, Dr. Yousef Alharbi, Pengarah Jabatan Makanan dan Dadah Pusat Halal, Arab Saudi, Prof Dr Muhammad Al-Dhawi, Penasihat Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam, Kuwait, Asst. Prof. Dr. Niwat Kaewpradap, Canselor PSU, Dr Abdulrahman Kayem, Wakil Ketua Setiausaha Majlis Agama Islam Thailand, Prof. Dr Ismaae Ali, Wakil Sheikhul Islam Thailand, Cik Sunee Lertphienthum, Wakil Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi.

Banyak daya tarikan di booth GISBH hingga ia menarik perhatian ramai antaranya adalah kerana ia booth paling besar dari sebuah syarikat pengeluar beratus jenis produk halal, satu-satunya booth yang mempunyai tayangan skrin LED besar bersaiz 6×2 meter, satu-satunya booth yang mempamerkan tiga buah motorsikal berkuasa besar; 2 buah Ducati Panigale dan sebuah Kawasaki H2R. Di sediakan juga di sini sofa dan TV untuk penerangan kepada para tetamu dengan lebih selesa atau untuk sesi perbincangan.

Booth GISBH telah dipilih sebagai tempat dimaterai MoU antara 2 buah pusat rawatan iaitu Asia Hospital Thailand dan Kajang Plaza Medical Centre (KPMC).

Selain mempamerkan dan menjual produk-produk GISBH seperti produk sejuk beku, kicap, sos cili, sos tomato, pelbagai Roti Ikhwan, minuman bergas, air minuman, minuman 3 dalam satu Ikhwan, coklat, ais krim, sardin, songkok dan pakaian keluaran Ikhwan Brand, turut juga dipamerkan maklumat berkaitan Syarikat GISBH berbentuk carta dan banting di seluruh dunia.

Majoriti para tetamu tumpang berbangga atas semua yang dipamerkan di booth GISBH kerana ia memaparkan sistem hidup Islam di semua aspek kehidupan dan diketengahkan dalam keadaan moden, menarik dan eksklusif.

Moga penyertaan GISBH di dalam ekspo halal ini akan menambahkan kenalan dan rakan yang akan sama-sama memperjuangkan halal bukan sahaja di bidang makan minum bahkan di semua aspek kehidupan.

Views: 128

Reviews for Booth GISBH di Ekspo Halal Dunia HAPEX jadi tumpuan

There are currently no reviews for Booth GISBH di Ekspo Halal Dunia HAPEX jadi tumpuan
Scroll to top