Bual bicara Industri Halal bersama wakil GISBH di Radyo Pilipinas Marawi

Views: 100

MARAWI CITY, 16.11.2023
Ekoran dari Program HALAL anjuran gabungan Mindanao State University, GISB Holdings dan Raheemah Foundation, pihak GISBH telah dijemput oleh stesen Radio Pilipinas Marawi untuk diwawancara, di sini baru-baru ini.

Stesen radio ini telah beroperasi sejak tahun 1962 lagi dengan menggunakan bahasa Tagalog dan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara dan siarannya dapat diikuti dari seluruh dunia.

Ahli Lembaga Penasihat (ALP) GISBH, YBhg Tn Hj Ahmad Anuar Abdul Rahman dan Ybhg Tn Hj Nik Hazani Nik Mohammad mewakili Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tn Hj Nasiruddin Mohd Ali untuk ditemuramah kali ini.

Sesi bual bicara dimulakan dengan perkongsian tentang tujuan kedatangan delegasi GISBH ke Filipina, latarbelakang syarikat ini, perkembangan dan aktiviti semasa dijalankannya di dalam dan luar negara juga perancangan syarikat dalam memenuhi keperluan produk halal di Filipina.

ALP GISBH menjelaskan tujuan kedatangan delegasi GISBH ke Filipina, khususnya Marawi City adalah untuk menjalinkan silaturrahim dengan penduduk tempatan, berdakwah dan mengusahakan perniagaan terutamanya menyediakan produk-produk halal.

Menjawab soalan langsung dari pendengar berkaitan bila, bagaimana dan di manakah mereka boleh mendapatkan produk halal dari GISBH, wakil GISBH menerangkan hal itu masih sedang dalam kajian dan pencarian lokasi yang sesuai untuk premis GISBH beroperasi.

Menjawab persoalan tentang sistem pendidikan, tawaran biasiswa untuk belajar di institusi pendidikan dan peluang pekerjaan di GISBH pula, ahli panel menerangkan pendidikan di dalam GISBH berjalan sepanjang masa bagi semua golongan staf syarikat selaras dengan tuntutan Islam bahwa menuntut ilmu adalah dari buaian hingga ke liang lahad, dan GISBH tidak meletakkan syarat tertentu atau sijil khusus, tetapi sesiapa saja yang berminat untuk menjadikan Islam sebagai cara hidupnya boleh bekerja di premis GISBH.

Wawancara berjalan secara langsung (live) selama satu jam dengan diselangi dua buah nasyid dari remaja GISBH iaitu Tuhan Cinta Agung (versi Bahasa Arab) dan The Beauty of Islam.

Kedua buah nasyid ini menerima respon spontan yang positif dari penonton, “MashaAllah, what a nice song?!”

Terdahulu, GISBH telah menandatangani satu MoU dengan Mindanao State University (MSU) untuk bekerjasama membuat penyelidikan dalam usaha menghasilkan produk halal di Filipina.

Moga segala usaha para pimpinan GISBH untuk bertapak di Filipina Allah mudahkan demi menyediakan makanan yang halalan taiyiban kepada umat Islam yang merupakan tuntutan Fardhu Kifayah ke atas mereka.

Views: 100

Reviews for Bual bicara Industri Halal bersama wakil GISBH di Radyo Pilipinas Marawi

There are currently no reviews for Bual bicara Industri Halal bersama wakil GISBH di Radyo Pilipinas Marawi
Scroll to top