Bufet Ramadhan di Restoran Nur Malaysia Amman mendapat sambutan

AMMAN, JORDAN 12.04.2022
GISBH Jordan melalui Restoran Nur Malaysia Amman mengambil peluang mengadakan jualan bufet Ramadhan di sini, setelah semua jenis perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa apabila kerajaan Jordan mengistiharkan Jordan telah bebas dari Pendemik Covid-19.

Pakej bufet di Restoran Nur Malaysia Amman amat mesra pelanggan lebih-lebih lagi para siswa. Ia bermula dari JD9.90 seorang untuk orang dewasa JD6.90 seorang untuk kanak-kanak.

Harga buat para pelajar dan siswa pula hanya JD7.90 seorang, malah jika para pelajar datang lebih daripada 10 orang layak untuk mendapat percuma seorang tanpa bayaran.

Untuk mereka yang tidak ingin mengambil pakej bufet boleh memilih pakej ‘Iftar Box’ dengan harga hanya JD5.50

Untuk menarik minat pelanggan yang dianggap sebagai tetamu, Restoran Nur Malaysia Amman menghidangkan lebih daripada 20 jenis menu yang ditukar-tukar setiap hari.

Dari tinjauan yang dibuat, kebanyakan pelanggan yang datang berpuas hati dengan layanan yang di berikan. Samada dari sudut rasa makanan, persembahan makanan, layanan, persembahan nasyid dan lain-lain semuanya dirasakan memberi satu kelainan kepada mereka.

Para pelanggan yang datang pula adalah dari berbagai bangsa dan negara dan bukan terhad dari kalangan orang Asia sahaja.

Pihak Nur Malaysia Amman juga menyediakan surau yang selesa untuk para pelanggan menunaikan sembahyang.

Moga hubungan penuh kemesraan antara staf-staf Nur Malaysia Amman dengan para pelanggan juga kualiti makanan dan khidmat yang diberikan akan menarik hati semua pihak kepada Islam itu sendiri untuk bertambah cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Reviews for Bufet Ramadhan di Restoran Nur Malaysia Amman mendapat sambutan

There are currently no reviews for Bufet Ramadhan di Restoran Nur Malaysia Amman mendapat sambutan
Scroll to top