COPENHAGEN, 20.01.2023
GISBH mempamerkan keindahan Islam kepada masyarakat Denmark setelah 18 tahun penghinaan dilakukan oleh seorang kartunis Denmark yang mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia kerana melukis karikatur Nabi Muhammad SAW dengan berdakwah membawa kenderaan mewah, motorhomes ke kota Copenhagen baru-baru ini.
Pada tahun 2005, Kartunis Denmark, Kurt Westergaard melukis 12 gambar yang diterbitkan akhbar harian konservatif, Jyllands-Posten di bawah tajuk ‘Wajah Mohammed’. yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Kartun biadab itu pada awalnya hampir tidak diketahui umat Islam tetapi setelah dua minggu bantahan diadakan di Copenhagen, duta-duta negara Muslim membuat bantahan kepada Denmark.
Kemarahan kemudian merebak menjadi bantahan ganas anti-Denmark di seluruh dunia Islam pada Februari 2006.
Keganasan berkaitan kartun itu memuncak dengan pembunuhan beramai-ramai pada tahun 2015 melibatkan 12 pekerja majalah mingguan satira, Charlie Hebdo di Paris.
Excutive Chairman GISBH, Tuan Nasiruddin Mohd Ali mempunyai cara tersendiri untuk membela Islam dan kemuliaan baginda Nabi Muhammad SAW sekaligus berdakwah kepada warga Denmark dengan datang beramai-ramai ke kota Copenhagen membawa motorhomes milik GISBH.
Motorhomes yang dibeli di Dubai, UAE diberi nama oleh Tuan Chairman GISBH, ‘Rahmatikalon’ dalam bahasa Tajikistan bererti ‘Terima Kasih’ ini, berharga AED 1.2 juta (RM1.37 juta).
Kenderaan jenama Ford dengan model Ford Motorhome, Bay Star, Neymar ini didaftarkan di Dubai dengan no pendaftaran DUBAI X 31337.
Motorhomes buatan USA ini menggunakan engin FORD V10 7.8L (Petrol) dengan transmisi 6 Speed Automatic, 350 Horse Power dan 468 Torque.
Kenderaan dengan siapan dalaman yang kemas dan cantik seberat 4000 Kg ini mempunyai kapasiti penumpang seramai 6 orang.
Manakala kenderaan kedua pula dinamakan oleh Tuan Chairman, Katta Rahmat dalam bahasa Uzbekistan bererti ‘Terima Kasih Banyak’ juga dibeli di Dubai UAE dengan nilai harga AED490 ribu (RM560,00.00).
Kenderaan model Ford E-450, Super Duty buatan USA ini menggunakan engin Ford V8 7.3L (Petrol) dengan transmisi 6 Speed (4WD Automatic).
Ia mempunyai kekuatan 325 Horse Power, 450 Torque dengan berat 2500 Kg dan termasuk dalam kenderaan lasak.
Kenderaan yang didaftarkan di Dubai dengan no pendaftaran DUBAI X 37313 ini dibuat pada tahun 2022 dan berkapasiti 8 orang penumpang.
Dua kenderaan ini sangat menarik perhatian masyarakat tempatan Denmark di kota Copenhagen kerana tampak gagah, mewah dan hebat hingga tidak putus-putus orang ramai datang melawatnya ketika di pakir kenderaan dan meluahkan kekaguman mereka.
Inilah peluang untuk Kluster Motorhomes GISBH untuk beramah mesra dan menerangkan tentang keindahan ajaran Nabi Muhammad SAW yang pernah dihina di sana.
Moga Allah membantu usaha-usaha untuk membela agama yang suci ini dengan sebaik-baik cara agar mereka yang dahulunya memusuhinya diberi hidayah oleh-Nya kerana manusia memusuhi apa yang dia tidak tahu.