CCO GISBH menyerahkan sumbangan daging korban kepada artis veteran

Views: 13

KUALA LUMPUR, 16.07.2022
Ketua Pegawai Penyelaras (CCO) GISBH, YBhg Tuan Mohd Adib At-Tamimi mewakili pimpinan GISBH telah hadir ke Majlis Ikatan Mesra Infaq Korban Yayasan Angkatan Veteran Malaysia (YAVM) di Restoran Tanjung Puteri Sri Hartamas di sini semalam.

Program usahasama antara GISBH, Masjid Saiyidina Umar Al-Khattab dan Surau Sri Hartamas ini bertujuan memberi sumbangan kepada artis-artis veteran sempena Hari Raya Aidil Adha tahun ini.

Hajjah Kismah Johar, Pengerusi Yayasan Angkatan Veteran Malaysia (YAVM) dalam ucapannya merakamkan terima kasih yang sebanyaknya kepada pada penyumbang khususnya GISBH yang prihatin terhadap golongan artis veteran hingga mereka berpeluang mendapat daging korban tahun ini.

Selain dari alunan nasyid dari artis-artis veteran, majlis yang bermula jam 9.15 malam ini juga diserikan dengan persembahan nasyid dari kumpulan Generasi Harapan yang hadir bersama pimpinan Remaja Pembela Ummah (RPU) GISBH dengan motorsikal berkuasa tinggi.

Nasyid yang mengajak para hadirin untuk bertaubat kembali kepada Allah dan berusaha mencintai Allah ini menyebabkan ramai yang mendengarnya merasa hiba malah ada yang menitiskan air mata.

Acara kemuncak majlis ialah penyerahan sumbangan daging korban dan beras yang disampaikan sendiri oleh Tuan Mohd Adib kepada 30 orang ahli-ahli YAVM dan sesi bergambar beramai-ramai.

Antara artis veteran yang hadir ialah Datuk Jeffrydin, Puan Khamsah Abdullah, Zainal Abdul Rahman, Jamaluddin Mat, Din Nilam, S.Mariam, Normah Damanhuri, Nor Azifah Abidin, Mak Jah, Kamarudin Mamor dan lain-lain.

Sempena Hari Raya Korban ini, moga seluruh warga GISBH khususnya para pimpinan RPU pandai menyantuni semua golongan dalam masyarakat untuk sama-sama diajak berkorban apa sahaja untuk mendapatkan cinta Allah dan melaksanakan seluruh syariat-Nya.

Views: 13

Reviews for CCO GISBH menyerahkan sumbangan daging korban kepada artis veteran

There are currently no reviews for CCO GISBH menyerahkan sumbangan daging korban kepada artis veteran
Scroll to top