CEO GISBH hadiri Majlis Pelancaran Aplikasi YAKIN

Views: 3

KUALA LUMPUR, 16.06.2022
YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, CEO GISBH mewakili GISBH menghadiri Majlis Pelancaran Aplikasi YAKIN yang merupakan Aplikasi Rasmi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba di hotel PJ Hilton, di sini hari ini.

Aplikasi YAKIN merupakan sebuah platform gaya hidup Muslim yang dibangunkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Crescent Digital Sdn Bhd yang antara peranan pentingnya membantu pengguna mengenal pasti perkhidmatan yang mengelirukan dan bersifat scam (penipuan).

Presiden dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dalam menjelaskan fungsi aplikasi YAKIN berkata, ia dibangunkan bagi memudahkan orang ramai membuat aduan kepenggunaan dan mendapatkan bantuan mangsa pemberi wang tidak berlesen atau ceti haram juga menawarkan perkhidmatan saluran sumbangan derma kepada pihak yang betul.

Di dalam majlis ini YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten wakil GISBH, di beri plak sebagai penghargaan yang disampaikan oleh YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba kerana banyak bekerjasama dan menyokong aktiviti PPIM.

Moga GISBH dapat terus bekerjasama dengan semua pihak terutama NGO-NGO dalam memberi khidmat kepada seluruh lapisan masyarakat seperti yang Allah dan Rasul kehendaki.

Views: 3

Reviews for CEO GISBH hadiri Majlis Pelancaran Aplikasi YAKIN

There are currently no reviews for CEO GISBH hadiri Majlis Pelancaran Aplikasi YAKIN
Scroll to top