CEO GISBH hadiri Majlis Pelepasan Larian MM1030 Kuantan 188 oleh Pemangku Raja Pahang

Views: 21

KUANTAN, 02.08.2022
CEO GISBH, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten telah menghadiri Majlis Pelepasan Larian MM1030 Kuantan 188 oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang disertai Mejar Dr. Suwaibah Nasir mendaki Menara Kuantan 188 sempena Karnival MM1030 baru-baru ini.

GISBH sebagai rakan strategik dan penaja misi larian mendaki menara turut menghantar ketua Remaja Pembela Ummah (RPU) GISBH Tuan Mohd Adib At-Tamimi dan beberapa orang RPU ikut sama melakukan larian mendaki Menara Kuantan 188 ini.

Pada larian kali ini, Dr. Suwaibah, 49, mendaki menara bermula dari tingkat Laman Hijau sehingga ke Pelantar Skydeck dalam tempoh 6 minit 40 saat.

Dengan pelepasan larian itu, beliau kini memulakan misi menawan sepuluh menara di Malaysia dan 30 menara tertinggi di dunia (MM1030).

Di majlis ini juga Pemangku Raja Pahang merasmikan Skywalk Kuantan 188 dan menandatangani plak perasmian serta menyaksikan persembahan demonstrasi Skywalk oleh enam kakitangan Pretty World Resources yang diadakan di Pelantar Skydeck.

Moga GISBH dapat terus menjalinkan hubungan dengan pelbagai lapisan masyarakat samada golongan istana, ahli sukan, tokoh korporat, ahli akademik dan lain-lain untuk bekerjasama dalam perkara-perkara yang memberi manfaat kepada semua.

Views: 21

Reviews for CEO GISBH hadiri Majlis Pelepasan Larian MM1030 Kuantan 188 oleh Pemangku Raja Pahang

There are currently no reviews for CEO GISBH hadiri Majlis Pelepasan Larian MM1030 Kuantan 188 oleh Pemangku Raja Pahang
Scroll to top