COO GISBH hadiri majlis MoU GISBH dengan KOSAGAJ

Views: 47

RAWANG, 08.07.2022
Ketua Pegawai Operasi (COO) GISBH, YBhg Tuan Hasnan Abdul Hamid telah menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Ikhwan Industry Enterprise (IKHWAN) dengan Koperasi Persatuan Guru Agama Johor Berhad (KOSAGAJ) di Ikhwan Coffee House, Pusat Perniagaan Ikhwan, Bandar Country Homes (PPIBCH) di sini hari ini.

Koperasi Persatuan Guru Agama Johor Berhad (KOSAGAJ) adalah sebuah koperasi yang diperbadankan di bawah Akta Koperasi 1993 beralamat di B-12 (A04), Aras B Arked Pekan Francais, Bangunan MARA Johor Bahru, Mukim Pulai, Johor Bahru.

Manakala Ikhwan Industry Enterprise (IKHWAN) pula adalah sebuah perniagaan di bawah rangkaian perniagaan GISBH beralamat di No. 15, Jalan STR 1, Saujana Teknologi Rawang.

IKHWAN telah memperolehi lesen untuk penjualan minyak masak kelapa sawit (Produk) daripada Malaysian Palm Oil Berhad (MOOB) dan juga kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk menjalankan aktiviti penjualan dan pemasaran minyak masak mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Melalui MoU ini, pihak IKHWAN telah dilantik oleh KOSAGAJ untuk pembungkusan minyak masak bagi pihak KOSAGAJ dengan terma dan syarat yang telah dipersetujui bersama.

Seramai 9 orang ahli KOSAGAJ menghadiri majlis ini diketuai oleh pengerusinya sendiri, YBhg En Azhari bin Basiron. Turut bersama, Setiausaha Kehormat, Puan Norhayati binti Mohd Yatim dan Bendahari Kehormat, Zaidah binti Mohd Yusof.

Hadir bersama di pihak GISBH, COO YBhg Tuan Hasnan Abd Hamid, Ketua Jabatan Perkilangan dan Pembungkusan, En Yusof Hamid, Ketua Jabatan Pemasaran dan Perdanganan, En Azizi Ahmad dan Setiausaha Sektor Perkilangan, En Azhir Ismail.

Majlis diakhiri dengan jamuan ringan, sesi bergambar dan pemberian cenderahati oleh YBhg Tuan Hasnan Abdul Hamid kepada para tetamu.

Moga semua usaha-usaha ke arah kerjasama antara badan-badan kerajaan atau swasta dengan GISBH di pelbagai bidang berjalan dengan baiknya demi kebaikan seluruh umat Islam di Malaysia.

Views: 47

Reviews for COO GISBH hadiri majlis MoU GISBH dengan KOSAGAJ

There are currently no reviews for COO GISBH hadiri majlis MoU GISBH dengan KOSAGAJ
Scroll to top