Dato’ Lokman Hakim Pfordten merasmikan Mesyuarat PIBG SMK Bukit Indah, Ampang

Views: 25

AMPANG, 25.07.2022
YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, CEO GISBH telah merasmikan Mesyuarat PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah, Ampang (SMKBI) di sini baru-baru ini.

Majlis perasmian turut dihadiri oleh penerbit dan pengarah, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang juga Pengasas Hab Pendidikan Khas Ampang.

Walaupun Dato’ Lokman Hakim tidak dapat hadir awal kerana mempunyai komitmen lain di Putrajaya pihak PIBG SMKBI telah sanggup menangguhkan program perasmian daripada jam 9.00 kepada jam 10.30 pagi, kerana mereka tetap mahukan beliau merasmikan majlis tersebut.

Di dalam ucapan perasmian dan juga perbualan sewaktu jamuan, YH Doto’ Lokman banyak menyentuh berkaitan pendidikan yang melibatkan 4 unsur manusia iaitu roh, akal, nafsu dan fizikal bukan akal semata-mata.

Begitu juga perlunya pendidikan anak-anak ditangani secara bersepadu antara ibu bapa, guru dan pemimpin masyarakat.

Selain itu, Dato’ CEO juga berkongsi pengalaman pendidikan dalam GISBH, konsep ibadah di dalam Islam, soal perpaduan dan kasih sayang yang sangat penting dalam pendidikan.

Mereka yang hadir khasnya para guru terkesan dengan ucapan YH Dato’ Lokman tersebut dan merasakan mendapat jawapan atas permasalahan yang sedang mereka hadapi dan mengharapkan kerjasama GISBH dalam menangani permasalahan yang berlaku di kalangan pelajar.

Pihak SMK Bukit Indah juga berterima kasih kepada GISBH kerana menyumbang set hidroponik sebagai projek perintis supaya para pelajar cakna dalam usaha menangani isu keselamatan makanan atau ‘Food Security’ disamping menjadi latihan kepada pelajar-pelajar sekolah di bidang pertanian.

Pihak koperasi sekolah pula berminat untuk mendapatkan produk-produk Ikhwan untuk kedai koperasi sekolah.

Pendidikan sangat penting kerana ia merupakan punca baik dan buruknya anggota sesebuah masyarakat. Jika baik dan tepat pendidikan yang diterima, akan baiklah sesebuah masyarakat sebaliknya jika silap mendidik dan menerima didikan akan rosaklah sesebuah masyarakat dan usaha membaikinya sukar memakan masa yang sangat lama.

Views: 25
Scroll to top